Ulser Mulut


Assalamualaikum
Pernah tak korang dengar penyakit ulser mulut?
penyaki ini jarang berlaku. Jadi mesti korang tak tau sangat pasal ulser mulut.
Kali HH nak kongsi info tentang ulse mulut ini.



ini adalah contoh gambar Ulser mulut tersebut. HH dapat info Ulser mulut ini 

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi
Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh ?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air



Latar belakangUlser Mulut
Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.
Ulser dalam mulut
Mengapa ulser afta terjadi?
Ulser afta sering dikaitkan dengan:
  • kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
  • daya tahan badan yang lemah
  • bakteria
  • faktor keturunan
  • sebab-sebab yang tidak diketahui

Ulser Afta ( bagi kanak - kanak )

Apakah ciri-ciri ulser afta?
Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.

Peringatan: 
Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.

Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.

Bagaimana menangani ulser mulut 
Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;
  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :
    • jaga kebersihan gigi
    • amalkan makan secara sihat
    • pemeriksaan pergigian secara berkala
  • Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
  • Sapukan krim atau gel penahan sakit.
  • Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanak-kanak.

nota bintang: jadi jagalah mulut anda dan juga seluruh tubuh anda kerana ia begitu berharga ^_^



5 comments:

cik zia ayang said...

guna lah ubat bonjella ok..huhu,nice topic..

athirah said...

banyak kali kene ulser mulot,, dua tigee harii nii jerp.. and mama suwoh letak bonjella,, teross baek,, bile kene ulser mulot, x pena unn jumpe doc,, sebab ingatt x de kene ape-2... btw,, thnx for ur informationn !

athirah said...

banyak kali kene ulser mulot,, dua tigee harii nii jerp.. and mama suwoh letak bonjella,, teross baek,, bile kene ulser mulot, x pena unn jumpe doc,, sebab ingatt x de kene ape-2... btw,, thnx for ur informationn !

Shiema Sufian said...

ulser jugak sebab tension :)

SheyPull said...

LETAK GARAM SERIUS ESOK BAIK...




JOM singgah blog saya nak... aduhai...BORING nye...eh ape maksud BORING?