Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya dah lama Hafr tak sertai mana - mana segmen. Hafr kena tag dengan Cik Daya , alang - alang tak ada idea nak update ni, boleh pulak dia bagi idea suruh update. Jadi Hafr akan masuk segmen. Nak tau segmen apa? tengok la gambar kat bawah tu. bergerak - gerak lagi banner dia. Hafr join untuk seronok - seronok walaupun tak berkenan.



Nak join? tekan je banner atas ni.

Hafr tag :




Tiramisu Cup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Resepi pastri untuk kali ini ialah Tiramisu Cup

Ni tiramisu hand made masa dekat kursus dan yang atas ehsan google.



Bahan-bahan:
2 bungkus biskut tiramisu (sponge fingers) ( lebih pun boleh )
2 biji kuning telur
250 g mascarpone chese (halal)
350 g whipping cream
100 g hula aising
Sedikit serbuk koko – hiasan

1 sudu besar Nescafe
1 cawan air panas                        -->> buat bancuhan Nescafe



Cara – cara membuat:
1.     Pukul whipping cream hingga gembu. Ketepikan.
2.     Pukul kuning telur dan gula aising hingga pekat dan gula hancur.
3.     Masukkan mascarpone cheese ke dalam adunan kuning telur yang telah dipukul tadi. Gaul sebati.
4.     Masukkan whipping cream yang telah dipukul tadi. Gaul sebati.
5.     Susunkan biskut yang telah di celup dengan bancuhan Nescafe ke dalam acuan.
6.     Kemudian letakkan 1 lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.
7.     Ulang semula langkah 5 di atas hingga menjadi 2 lapisan.
8.     Hiaskan dengan serbuk coklat di atas lapisan bancuhan terakhir.
9.     Sejukkan ke dalam peti sejuk kurang 4-6 jam.
10.Sedia untuk dihidang.

Cadangan: Bagi menhasilkan kek tiramisu cup yang lebih menarik,boleh juga dihiaskan dengan hirisan buah strawberi.

p/s: Bekas tiramisu mengikut kreativiti korang

Selamat mencuba ^_^

Wordless Wednesday #5 Akibat Dah Lama Tak Bukak Email

Assalamualikum dan selamat sejahtera


|
V


Muffin Pisang

Assalamualaikum

Kali ini Hafr kongsi macam mana cara nak buat muffin pisang


Ehsan google, gambar muffin yang sebenar tidak memuaskan, harap maklum.

Bahan - bahan :
Tepung gandum - 265g
Gula kastor - 230g
Mentega - 230g
Serbuk penaik - 3g
Garam - 2g
Pisang emas - 6 biji
Telur - 5 biji
Esen vanila - 1 sudu kecil

Cara - cara penghasilan :
Ayak tepung bersama serbuk penaik
|
Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang
|
Masukkan telur, pisang yang telah dilenyek, esen vanila dan kacau sehingga sebati
|
Kemudian masukkan tepun dan kacau hingga rata
|
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas memenuhi 3/4 cawan
|
Bakar muffin di dalam ketuhar bersuhu 180c selama 30 minit atau kekuningan.

*resepi ini berdasarkan kursus yang telah dihadiri.

Selama Mencuba ^_^

Fruit Cupcake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minat kek cawan (cupcake)? Agak-agak teringin nak buat? 
Hafr kongsi dengan korang macam mana nak buat cupcake yang menjadi kesukaan korang.

gambar tak seberapa, harap maklum.

Bahan A:

Tepung Gandum - 225g
Gula Halus - 225g
Mentega - 225g
Telur - 4 biji
Esen Vanila - 1 sutu kecil


Bahan B:
Buahan Campuran - 200g
Ceri merah &ceri hijau - 25g
Jus Oren - 60ml ( bersamaan dengan 2 biji oren )
( Satukan dan rendam semalaman dalam peti sejuk )

P/s : Bahan B boleh ditukar dengan bahan lain seperti jem. Mengikut kreativiti korang.

Cara - cara penyediaan :
Panaskan ketuhar pada suhu 170c
|
Ayak tepung
|
Mentega dan gula halus dipukul hingga kembang
|
Masukkan telur satu persatu dan esen vanila, kacau hingga rata
|
Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
|
Masukkan buah - buahan campuran
|
Tuang adunan ke dalam cawan kertas
|
Bakar adunan dalam 20 minit atau kekuningan
|
Sejukkan dan sedia dimakan.


Selamat mencuba ^_^

Kursus Buat Cupcake & Tiramisu Cup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Korang sihat? harap sihatlah ye ketika membaca post Hafr ni. Okay, pada 11/2/2012 hari Sabtu. Hafr ada pergi kursus yang sememangnya ada kaitan dengan minat Hafr iaitu kursus buat cupcake dan tiramisu cup. Walaupun ada sedikit terkilan sebab Hafr ajak kawan tapi kawan tak dapat nak pergi, bukan seorang tapi ada la dalam 3-4 orang semua tak dapat nak pergi sebab ada hal. Kursus ini dijalankan di Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor. Kalau korang tak tau kat mane kolej tu boleh la google ye.

Tak disangka - sangka ramai yang menyertai kursus ni. Ada seorang abang tu cakap kat Hafr, dia terkejut tengok orang ramai sangat biasanya tak adalah ramai macam tu sekali. Biasanya dalam 15-20 orang je, kali ni sampai 70 orang yang datang ke kursus cupcake ni. Ramaikan 70 orang, tapi lelakinya 3 orang je yang datang termasuklah Hafr. Mula-mula takut dah sorang je lelaki, nasib baik ada geng. Jadilah 3 orang daripada sorang.

3 resepi telah diajar kepada peserta iaitu Fruit cupcake, Muffin pisang dan Tiramisu Cup Disebabkan kamera tak ada, jadi tak bolehlah nak tunjuk betapa meriahnya kursus membuat cupcake. Disebabkan terlalu ramai Hafr tengokkan je telatah kakak-kakak dan mak cik - mak cik membuat kek. Dah sampai rumah barulah dapat snap kek-kek yang dah siap. Gambar tak berapa nak cantik sebab snap masa malam.Cupcake pun dah senget - benget sebab bawak dalam plastik.

 Fruit Cupcake

Muffin Pisang

Sebenarnya muffin ni bantat sebab lama sangat dalam mixer tak silap. Kesian dapat kek bantat.

Tiramisu Cup

Ni adalah resepi yang dicari - cari. Malangnya bukan kek tapi desert je.


Resepi - resepi cupcake dan tiramisu akan di-postkan tak lama lagi. Jangan risau, pengalaman - pengalaman macam ni patut kongsi dekat orang. Bak kata orang ada ilmu tu jangan kedekut.
Sekian..

Sang Bayu Sepi Episod 2 bahagian 1

Assalamualikum dan selamat sejahtera

Sang Bayu Sepi (SBS) dah keluarkan episode ke-2 nya. Hafr pun tak baca lagi sebenarnya, tapi sebagai wakil, Hafr patut kongsi dengan korang novel yang menarik ni. Sesiapa yang belum lagi baca e-novel kami, korang bolehlah terjah sepuas-puasnya dekat blog SBS ni. Nak baca 2000 kali pun boleh. Kami memerlukan sokongan daripada korang blogger mahupun bukan blogger yang amat meminati novel atau pun kisah-kisah drama cinta....

Entah mengapa perasaan ku begitu teruja. Hari ini hari pertama ku menyambung pelajaranku di sebuah kolej yang tidak jauh dari kawasan kediamanku. Sedangkan sebelum ini bukan ku tidak pernah ke tempat baru. Wah!, ramainya pelajar disini. Berkata didalam hati, ingin saja ku bersuara tapi kepada siapa. Tergelak kecil dengan keadaanku ketika itu yang sangat teruja seperti kanak-kanak yang tidak sabar menunggu menerima hadiah ulang tahun kelahiran.

Eh? dah habis.... !

kalau korang nak tau apa yang berlaku seterusnya dalam e-novel SBS ni
tekan banner yang Hafr dah sediakan kat tepi tu :)

Stop Motion Terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pernah dengar apa itu Stop Motion video. Stop motion video menggunakan gambar yang berperingkat - peringkat supaya gambar tersebut nampak bergerak. Hafr amat tertarik dengan stop motion video. Nak jugak buat, tapi kamera tak adalah pulak. Jadi, Hafr nak kongsi dengan korang video-video stop motion yang amat menarik dan mencuit hati. SAKSIKANLAH ~














Banyak lagi video Stop Motion ni kat 
Harap korang terhibur ~

Sang Bayu Sepi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah pasti korang tertanya - tanya Sang Bayu Sepi tu apakan? . Sang Bayu Sepi ni bukanlah sebuah katun mahupun makanan,minuman, mainan, dan segala benda yang ada dalam fikiran korang. Sang Bayu Sepi (SBS) ialah sebuah e-novel terbaru terbitan kawan Hafr yang bernama Puteh. Kami telah joint venture nak buat e-novel ni. Macam biasalah, setiap novel mesti ada bahagian - bahagiannya

Sekali korang baca pasti nak baca lagi konfem. Best e-novel ni Hafr dah baca dah sikit-sikit. Novel yang bertemakan drama dan romantik telah dilancarkan hari ini. Jadi, kepada peminat novel mahupun yang gemar membaca bolehlah datang ke blog e-novel kami.



Hafr Kembali :)

Assalamualikum dan selamat sejahtera

Dengan segala hormatnya . Hafr akan kembali aktif semula untuk berblogging. Kepada kawan Hafr yang setia menunggu post-post baru Hafr. Hafr mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat update pada bulan-bulan yang lepas.

Kenapa baru bulan ni Hafr nak update? Kalau korang tak nak tahu pun Hafr nak bagitau juga. Sebab Hafr sedang memikirkan idea yang menarik untuk disampaikan kepada korang semua.

Hafr kini telah bekerjasama dengan sebuah blog yang baru dan ingin masuk kedalam dunia blog.
Mesti korang tertanya – tanya  blog apa yang Hafr sedang bekerjasama. Sekarang, Hafr dah ubah cara penyampaian post, dah tak payah nak tekan mana-mana butang untuk pergi ke post seterusnya :)

P/s: ada sesuatu yang menarik untuk kawan-kawan semua.

Sekian.