Kami lukis robot?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Hafr nak tunjuk dekat korang koleksi - koleksi doodle robot yang telah dibuat oleh Hafr and the geng masa kitorang boring tak buat apa-apa sebab ada budak yang masih lagi periksa.
malas nak cakap panjang. korang tengok hayati dan nilai lah ye.. :)







Karya ni hasil nukilan DIA



karya ni pulak hasil nukilan DIA 




Dan ini pula hasil nukilan SAYA 

Nak komen? komen lah ..

nota bintang : terasa nak edit lagi lah blog ni. korang rasa blog ni nanti tema apa ye..?






























Projek Seni Setel Dah !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

YEAH!!! akhirnya, projek seni dah siap ( sebenarnya hari dari hari Isnin dah siap ). Hari ni cikgu seni kitorang pergi Shah Alam hantar semua projek-projek seni kami. Tak dapat nak ikut cikgu pergi sana sebab dia tak bagi. Takut keselamatan kitorang tak terjamin nanti. Hadoi ~~

Hari ni dekat institut belajar ( bajet je padahal sekolah gak. ) Hafr. Tersangatlah bosannya kerana dah macam akhir tahun dah gayanya sebab ada orang periksa. Hafr dah habis periksa seminggu lebih awal dari diorang datang jadi tunggul kayu je. Dah tak buat apa-apa, laptop pun tak bawa, memang tidur jelah kerjanya.

Sekarang dah setel satu beban , tinggal lagi satu je beban lagi iaitu nak melangkah lebih jauh :)


ni lakaran hasil seni Hafr. yang dah siap gambar dia tak ada.
korang tak faham? memanglah, sebab tukang buat je yang faham :)

Nota bintang : Kalau ada info - info best dekat blog Hafr ni. Jangan teragak - agak untuk tekan button share ye :)

Wordless Wednesday #4 Hafr Homemade Cupcake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selesai sudah puasa 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sebenarnya dari semalam Hafr nak update tai disebabkan internet tak ada semalam, tak boleh lah nak update. Lagipun tak keluar pergi mana-mana pun. Akhirnya Hafr dapat jugak puasa 6 tahun ni. Tahun lepas lagi 1 hari je nak cukupkan 6 tapi tak dapat sebab demam, Hadoiii ~. Sepatutnya Hafr buat puasa 6 ni awal seminggu lepas raya. Tapi tak, buat mesti dah nak abis puasa macam sekarang ni lah. 

Betul - betul semalam Hafr selesai mencukupi puasa 6 Hafr. Alhamdulillah, tercapai jugak nak puasa 6. Sambil puasa dietlah kan. Dua minggu raya haritu makan je tak habis-habis. Mengembang terus badan :)
Lepas ni mungkin Hafr akan amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Tu je Hafr nak kongsi dengan korang kali ni. Entri ni dibuat bukan untuk bangga, cuma nak meluahkan perasaan je. Tak salah kan ? 
Bukan senang nak puasa bukan pada waktunya.

Okay, bye...

P/S: ada sesiapa nak tempah header? ^_^

Pencarian Header Blog Paling Sempoi & Kreatif 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


 tekan header kalau nak join.

Dah lame rasanya tak join contest. Tadi lepak dekat group BLOG Hafr. Saje buat status dekat wall group tu. Hafr taip macam ni " ada contest tak?". Tak lama lepas tu ada sorang ahli ni bagi link dekat Hafr.
Nama dia Hanis Nizam ( kalau salah url bagitau, tu pun kalau baca )
Hadiah boleh tahan. Apa lagi jom la join.
Nak tengok header Hafr ada dekat atas blog ni :)



Utada Hikaru - Goodbye Happiness


Assalamualaikum dan selamatsejahtera.

Semalam masa Hafr tengah tengok Tv kat rumah atuk ( rumah atuk ada astro woo) buka lah rancangan Hitz tak pun korang tekan je nombor 705 dekat remote astro korang tu. ( mana-mana yang ada astro je lah yang tau ) . Hafr ada tertengok satu Music Video ( MV) best jugak lagu dia. Ni yang Hafr nak share dekat korang ni..




Goodbye Happines - Utada Hikaru.
Nak karok ? Hafr dah siapkan liriknya sekali :)

Omai okashi
Kieta ato ni wa
Sabishisou na otoko no ko
Kumo hitotsu nai Summer day

Hi ni yaketa teashi
Shiroi wanpiisu ga
Yogoreyou ga okamai nashi
Muishiki no rakuen

Yume no owari ni
Matta wa nashi
Aru hi kimi no na wo shitta

So Goodbye Lonliness
Koi no uta wo kuchi zusande
Anata no hitomi ni utsuru watashi wa waratteiru wa

So Goodbye Happiness
Nani mo shirazu ni hashaideta
Ano koro e wa mou modorenai ne
Sore demo ii no Love me

Kangaesugitari
Yake okoscha ikenai
Kodomo damashi sa Uki yo nanza

Hito wa hitori ni natta toki ni
Ai no imi ni kidzuku n da

Sugisari shite Yasashii uta mo kikasete
Deatta koro no kimochi wo ima demo oboetemasu ka?

So Goodbye Innocence
Nani mo shirazu ni hashaideta
Ano koro e wa mou modorenai ne
Kimi no sei dayo Kiss me

Oh Banbutsu ga meguri meguru
Oh oh oh Darling darling Dareka ni nanika ittari shimasen Only you

Ari no mama de ikiteiketara ii yo ne
Daiji na toki mo hitori no watashi ga jama wo suru no

So goodbye happiness
Nani mo shirazu ni hashaideta
Ano koro e wa mou modoritai ne
Baby Soshite mou ichido Kiss me

Ni translate dia tapi dalam English la :

After the sweet candy has disappeared
A sad looking little boy
On a cloudless Summer Day

Sunburnt hands and feet
Careless if her white one piece gets dirty
An unconscious paradise

I waited after the dream, but nothing
Then one day, I learned of your name

So Goodbye Loneliness
Singing along to a love song
Reflected in your eyes, I’m laughing

So Goodbye Happiness
We can’t return to those times
When we were naive and energetic
But that’s okay
Love me

You can’t overthink it or get too desperate
Don’t fool yourself
It’s a tough world

When humans find themselves all alone
Is when they realize the meaning of love

These fading passing days
Let me hear a gentle song
Do you still remember, to this day
The way we felt around the time we met

So Goodbye Innocence
We can’t return to those times
When we were naive and energetic
It’s all your fault
Kiss me

Oh everything goes round and around
Oh Darling Darling I’m not going to move on to someone else
Only you

Wouldn’t it be great if we could just live the way we are?
At crucial moments, my other self blocks my way.

So Goodbye Happiness
I want to return to those times
When we were naive and energetic
Baby, just one more time
Kiss me

Sekian :)




1st Time Drive Kereta Pergi Jalan Jauh


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Harini Hafr nak kongsi sikit pasal apa yang terjadi hari ni. Hari ni ada kenduri dekat kampung Hafr. Apa lagi kalau bukan kenduri kawin kan. Dah siap-siap semua, kitorang pun masing-masing pergi kat kereta. Hafr sajalah duduk dekat tempat driver tu ingat ayah nak bawak. Tup-tup, ayah ngan ibu suruh Hafr bawak. Hehehe, dah la jarang sekali nak bawak kereta, nasib baiklah auto, Hafr biasa bawak kereta pergi balik masjid je tu pun sebab masjidnya dekat - dekat dengan rumah.


Kira macam nilah pelannya,nak cepat siap, hantam jela. Dari rumah Hafr nak pegi masjid dalam 300-500 meter je, jalan kaki lenggang lenggok pun boleh sampai :) bawa kereta sebab bawak satu keluarga pergi masjid. 

Tapi kali ni mengambil masa dalam 1 jam perjalanan. Lama tu, dah la dengan lesen takde, asas pun takde, hentam je bawa. Lepas tu pulak jalan tak betul beralun - alun. Habis bawak macam naik kuda je. Lepas tu ada pulak bukit-bukau, dah nak kena turun naik, tak lupa juga dengan jalannya kecik kereta boleh tahan banyak. Tapi yang best-nya masa turun bukit, tak payah nak dok sibuk tekan-tekan minyak. Dah macam roller coaster pun ada ( roller coaster pun tak penah naik ) . Ayah duduk dekat belakang, Ibu Hafr duduk dekat tepi. Habis dia terjerit-jerit takut Hafr masuk semak. Hafr dah lah jenis suka bawak laju-laju. Kalau bawa motor dah lama merepit kot. Tapi demi keselematan keluarga. Hafr bawak secara perlahan :)

lepas sejam sampai pun dekat destinasinya iaitu dekat Gedangsa. Gedangsa dekat ulu bernam. Dah dekat-dekat dengan Tanjung Malim. Bila nak balik pulak. Ayah yang drive kereta :)
Nilah pengalaman yang susah nak lupakan buat masa sekarang

p/s: kalau orang lain baca pasal 1st time drive mesti takda apa-apa sebab tak merasa ^_^

Karipap Karipap Cinta ( Komen Hafr )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


cekau dari google :)


Baru je tadi Hafr selesai tengok cerita karipap karipap cinta lakonan Gambit Saifullah (hero) dan Melia Aimelia (heroin) . Alang-alang ada orang buat event bagi download cerita ni, tak nak buang masa Hafr terus download. Malam dah boleh tengok.  Best jugak ceritanya. Ada macam-macam perasaan jugak dalam cerita ni. Seronok,lawak,sedih,suspen pun ada. Tapi ada satu je yang Hafr tak bekenan sangat dekat cerita ni. Tapi mungkin dah banyak orang komen pasal cerita ni, Hafr baru je habis tengok.

yang Hafr tak bekenan sangat-sangat dekat dalam filem ni ialah terlalu banyak sangat perkataan-perkataan yang kesat. Kaaaaalau orang macam kita ni dah biasa sangat dengar kata-kata macam tu. Tapi apa pulak ceritanya kalau budak kecik yang tengok cerita ni ikut apa yang diorang cakap? Sepatutnya, walaupun ikut peredaran masa dan zaman, janganlah menggunakan kata kesat mahupun kasar dekat dalam filem. Kebanyakan orang akan ikut apa yang filem tu tayangkan.

Apa yang perlu kita buat sekarang. JANGAN bagi budak-budak tengok. Nanti kalau diorang cakap apa-apa entah, siapa yang susah? kita jugak kan? tak gitu. Jadi, hak masing - masing, pandai-pandailah korang bimbing adik-adik kecik tu kalau ada. Kalau dah besar pun halang dia cakap benda-benda yang tak elok. untuk filem ni Hafr bagi markah 7.5/10 . 

Sekian. ada pendapat lain? bagitau la ye :)

Berdoalah Pada Saat Yang Terbaik

Kali ni Hafr nak kongsi sikit tips adab berdoa dekat korang semua. Harap korang bacalah ye walapun agak panjang berjela dah entri kalini.

Kita manusia yang lemah. Apabila kita sedar diri kita lemah, kita mengakui ada pihak yang kuat, yang gagah perkasa dan mampu memberi pertolongan kepada kita yang lemah. Oleh kerna itu, maka kita hanya mampu meminta dan tidak boleh mendesak – desak supaya apa yan kita pinta ditunaikan.

                Dalam menghadapi kehidupan, kita sebagai manusia yang beragama sering diuji dengan bermacam – macam dugaan. Sekarang, pelajar – pelajar yang hamper menduduki peperiksaan seperti PMR,SPM mahupun STPM sudah belajar atau berusaha untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ibu bapa , guru – guru dan murid telah berusaha lama belajar, mengkaji bentuk soalan, mempelajari teknik menjawab soalan , melatih diri menjawan mengikut format peperiksaan dan pelbagai kaedah ikhtiar sebagai manusia yang diperintahkan supaya berusaha mencapai sesuatu tujuan. Dalam kita berusaha, kita tidak dapat melupakan kuasa yang agung iaitu Allah. Hanya dialah yang mampu menunaikan kehendak atau impian kita dalam peperiksaan mahupun perkara yang lain.

                Dengan ini, maka afdal kita meminta kepada Allah pada waktu yang Allah sendiri sangat bersedia untuk menunaikan apa yang dipinta. Dalam kehidupan antara sesame manusia pun, kalau kita hendak meminta sesuatu daripada ayah dan ibu ada waktu yang sangat sesuai, mungkin pada waktu malam selepas makan bersama.

                Waktu yang paling baik berdoa adalah pada waktu malam. Rasulullah memberitahu kita, bahawa satu pertiga malam akhir atau kira – kira pukul 2.00 hingga 6.00 pagi ( sebelum masuk waktu subuh ) . Maksud sabda Rasulullah ; “Allah tabaraka wa ta’ala akan turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa spertiga malam terakhir. Maka Dia berkata : “ barang siapa yang berdoa kepada-Ku akan Aku kabulkan doanya; barang siapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku beri permitaannya ; dan barang siapa yang meminta ampun kepada-Ku, maka banyakkanlah doa ketika sujud”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Nak tahu bila masa paling Allah suka dan dikira ‘seakan-akan pasti’ untuk tunaikan apa yang kita pinta? Jawapannya dah pun diberitahu oleh Rasulullah iaitu dalam solat ketika bersujud. Alangkah baiknya permintaan kita supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan atau dapat jodoh atau benda yang kita nak dinyatakan dalam solat sunat tahajud. Maksud sabda Rasulullah: “ paling dekat hamba dengan Tuhannya ketika sujud, maka banyakkanlah doa ketika sujud.” (riwayat Muslim)


sumber : google


                Berdoalah kepada Allah dalam keadaan sedar dan faham apa yang dipinta. Dalam kehidupan sehari – hari tidak pernah kita meminta sesuatu atau pertolongan dalam keadaan kita tak sedar atau tak faham apa yang diminta! Tidak pelik di sisi Allah berdoa dalam bahasa Melayu mahupun bahasa lain, tapi bukan dalam solat. Jika dalam solat berdoalah dalam bahasa arab atau menyatakan dalam hati jika menggunakan bahasa Melayu.

Maksud sabda Rasulullah, “ Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa.” (riwayat at-Tarmizi, disahihkan oleh al-Albani)

                Janganlah berdoa dengan suara yang kuat dan lantang. Kita bukan berdoa kepadaTuhan yang pekak tetapi kepada yang Maha mendengar. Bersuara lembut dan perlahanlah, serta merayu- rayu penuh harapan agar ditunaikan permintaan. Penuh yakin semua permintaan kita ditujukan kepada Allah, kerna tidak ada sesiapa juga dapat menunaikan hajat atau harapan kita selain Allah yang Maha Kaya. Ini diajarkan Allah dalam al-Quran.

sumber: google

Begitulah konsep dan peraturan berdoa kepada ALLAH. Berdoa merupakan ibadah yang sudah diatur oleh Allah dan diterangkan oleh rasul-Nya. Jika kita benar – benar merasa lemah, kerdil dan hina disisi Allah, terima sajalah apa saja garis panduan berdoa yang Allah dan rasul-Nya tunjukkan kepada kita.

Wallahu’aklam.
Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Segmen : Jom Beraya Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Dah lama rasanya tak masuk mana-mana segmen sejak dua menjak asyik sibuk je. Alang-alang tengah tak buat apa-apa, Hafr nak join lah segmen yang di buat oleh Shiema Sufian. Hafr selalu jugak jenguk blog dia. dari besar,kecik,sekarang dah besar balik dah blog dia. Amat dipersilakan jika korang nak join gak segmen ni.


Nak join tekan terus header dekat atas . Dah siap syarat-syarat yang dinyatakan.

Sebelum Hafr join segmen ni dah pernah cerita pasal raya dulu. Jadi Hafr cuma letak tajuk entri pasal raya tu je, mintak-mintak diterimalah kan :) . Nanti korang boleh lah klik ye kalau nak tau cerita :)

Ctrl + klik untuk new tab..



harap korang terhibur.

Sekian terima kasih.

doodle oh doodle #3 : Bzzt!! Bzzt!!

Assalamualaikum dan selamatsejahtera

doodle kalini Hafr dah tak lukis kepala orang dah. Hafr lukis robot. tetiba je minat dekat robot.
tengok dan cari dekat google gambar robot, memang smart dan cantik!!!
Hafr tak dapat nak lukis cantik-cantik dan smart-smart tu semua. Hafr oleh lukis robot yang senang ringkas lagi asas je..



Badan dia agak besarkan? sebab Hafr jadikan robot ni sebagai latar belakang shoutbox Hafr :)
Komen? 
notabintang: berkemungkinan akan ada lagi robot akan datang.