SEGMEN BUDAK CHOMOT | REVIEW JANGAN TAK REVIEW!



Assalamualaikum





Kali ini HH nak sertai satu segmen ni yang mana tuan punya blog ini akan review blog korang mungkin dari A-Z. Peluang baik untuk HH sebab belek-belek dia punya pengikut dalam 800 lebih. Ramai tu, ingat tak ramai ape?
kalau korang nak tahu apa syarat-syaratnya boleh tekan banner kat atas tu.

sekarang HH nak ceritakan serba sedikit berkaitan dengan blog dia ni 
( kena buat sebab ada dalam syarat dia )

HH akan komen satu persatu berkaitan dengan blog dia ni atau kita boleh panggil dia dengan nama Melin

Header dia menarik,ringkas,senang mata memandang dan cantik. Bersesuaian dengan latar belakang yang digunakan.
Pengisian blog dia pun agak menarik walaupun HH baru tengok entry dia berkaitan pasal segmen ini. tapi HH boleh agak banyak entry dia yang boleh menarik minat orang yang membaca.
Hurm..... berkaitan dengan susunan muka depan blog kemas tetapi memanjang disebelah kanan blog (sidebar). HH cadangkan Melin guna template 3 kolum supaya blog anda nampak stabil dan kemas. Selain itu, penggunaan widget tidak begitu banyak dan tidak melambatkan blog ^_^ 
Ini sahaja yang mampu HH perkatakan berkaitan dengan blog Melin ni.. Harap-harap dia dapatlah review pasal blog HH yang tak seberapa ini.

P/s: Melin, blog kita sama ungulah ^_^

1 comment:

Budak Chomot said...

Thanks sudi join.

Ungulah colour paling cantik dalam dunia! Agree? Teehee ;D