Kerja Oh Kerja!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sejak dua menjak ni, disebabkan tahun depan dan tahun tahun seterusnya dah tak jejak ke sekolah, sambil nak menunggu keputusan Stpm keluar. Hafr pergilah cari kerja dekat kawasan yang berdekatan dengan kediaman Hafr. Pergi punya pergi tanya punya tanya, semua tokey-tokey kedai tu cakap dah tak ada kerja kosong.
Walaweh!! kecewa sikit la dekat situ. 

Adalah dalam 3,4 kedai pergi. Disebabkan tak ada kenderaan sendiri, terpaksalah ajak ibu tersayang pergi cari kerja, dia tolong hantarkan je okay, Hafr pergi cari sendiri dan jangan ingat dia ikut sekali teman nak pergi cari kerja. Tak gentle la bawak mak pergi cari kerja tak gitu?. Ingatkan sekali cari boleh terus dapat, tapi tak kena pergi banyak tempat. Tak kiralah kerja apa pun janji halal .

Baru Hafr tahu betapa susahnya nak cari kerja. Sebelum ni Hafr kerja jauh dari rumah tu pun lepas habis SPM. Mungkin lambat sangat cari kot sebab tu tak dapat. Tak apalah, rezeki ada kat mana - mana janji usaha mesti dapat punya.

demikianlah sikit-sikit cerita yang Hafr nak kongsi dengan korang semua ^^

Contest Blog Aku Paling Simple By Afifi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dah lama Hafr tak update blog ni. Sekali update nak join contest plak. Sebab inilah kontest nilah salah satu cara Hafr nak update blog yang dah lama tak update Idea banyak, cuma belum berkesempatan je nak kongsi dengan korang.


Nak serta? tekan la banner dekat atas ni.

Penganjur nak blog yang paling ringkas. Blog Hafr ni agak - agak ringkas tak? Komenlah sikit. 
Blogger yang anjurkan contest ni adalah blogger yang baru nak naik dalam dunia blog ni.
Jadi, hadiah dia semua ringkas-ringkas. Hafr join pun sebab nak sokong blogger ni, kalau bukan kita siapa lagi nak sokongkan?

Siapa yang baca post ni sedia di-tag.
Berminat? Sertailah sekarang!

nota bintang : Jangan risau wahai si penganjur, Hafr dah ikut-ikut apa yang patut ^^


Lepas ni...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lepas ni ..... dah tak payah pergi sekolah

Lepas ni ..... dah tak payah nak pakai baju sekolah
Lepas ni ..... dah tak payah nak baca buku pening-pening
Lepas ni ..... dah tak payah nak ambil periksa je tiap-tiap bulan
Lepas ni ..... dah tak dapat nak usik-usik budak sekolah


Tapi...


Lepas ni ..... dah susah nak jumpa kawan
Lepas ni ..... masing - masing dah ada haluan sendiri
Lepas ni ..... kena cari kerja, kerja
Lepas ni ..... kena cari duit sendiri dah tak dapat duit belanja
Lepas ni ..... nak bagi duit kat ibu bapa
Lepas ni jugak ..... kena tentukan masa depan dengan sendiri 

-
-
-
-
Hehehe. saja je buat ayat-ayat macam ni sebab sekarang ni Hafr baru je habis exam Stpm.
Tapi ada betulnya jugak apa yang ada dekat atas tu.
Sekarang ni tunggu masa je.
Harap korang terhibur ^_^

Letak Skype Dalam Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hafr tau, kebanyakan daripada korang semua mesti ada akaun skype kan? Sebenarnya dah lama Haf teringin nak letak button skype dalam blog sebab pernah nampak orang buat , tanyalah orang tu, dia boleh pulak cakap tak tau. Perasaan pada waktu tu amatlah kecewa.

Okay kalini Hafr nak buat tutor cara nak pasang button skype dalam blog korang.

Mula-mula pergi sini

Lepas tu korang akan nampak ni.


Lepas itu, tulis nama skype korang dekat sini


Dah tulis? Pilih la ikon mana yang korang minat


dah pilih? sekarang masa untuk salin coding button tersebut


Pastikan korang tanda dekat web html. Dah salin jom pergi 
Design -> add gadjet -> paste-kan dekat html/javascript
Untuk pengguna blogger in draft ataupun dashboard korang dah berwajah baru. boleh pergi terus ke template dan buat cara sebagaimana di atas.

Kalau tak boleh sila tanya cepat-cepat ye. Kalau boleh, tekan la button like tak pun share :)

Sekian.