tutorial oh tutorial #Header transparent


Assalamualaikum
pertama tama kalinya HH akan buat tutorial sebab dah ramai orang mintak HH buat tutorial. Sekarang baru dapat buat. Tutorial ini diminta oleh sesiapa yang mengenali HH( ramai yang mintak kot ). HH galakkan korang cuba terjah sendiri adobe photoshop ini untuk merasa kepuasan menggunakannya.
p/s: tekan gambar untuk lihat lebih jelas ya.

mula-mula apalagi bukalah adobe photshop anda ( tak kira cs berapa) HH guna cs4


buka dahulu gambar yang anda ingin edit
File - Open - Pilih Gambar




klik 2 kali gambar anda dibahagian layer untuk mengubah nama background menjadi layer.
kalau tak buat ni korang tak boleh nak edit gambar korang


dia akan keluar benda ni dan korang klik ok.

biasanya kalau orang tu nak padam bahagian yang tak penting mesti gunakan 'magic wand' untuk padamkan? lepas tu mesti korang tak puas hati sebab gambar korang jadi macam ada tajam-tajam kat tepi. HH guna cara yang lain untuk dapat hasil yang lebih memuaskan. caranya ialah menggunakan quick mask.


nampak tak lambang tu? korang carik lambang tu lepas tu tekan.  lepas tu tekan pula 'brush tool' untunk langkah seterusnya. 



dah tekan? hah? saiz brush? 
saiz brush ikut kesesuaian keadaan. kalau gambar tu besar, besar la saiz brush yang korang guna


gambar ni korang tak payah ikut sangat sebab untuk rujukan sahaja.

berbalik kepada quickmask tadi ^_^


gambar anda akan menjadi sebegitu rupa apabila sudah diwarnakan menggunakan quickmask.
langkah seterusnya: tekan balik quickmask -- tekan delete -- tekan ctrl+D untuk deselect



macam ni lah rupanya bila korang ikut langkah yang sebelumnya tadi. lepas deselect.
tekan lambang eraser atau E untuk padam bahagian yang selebihnya.


HH letak lagi gambar ni? kenapa?
HH nak terangkan sedikit pasal Hardness. semasa proses padam dijalankan. hardness korang mesti dalam keadaan 85% - 90% supaya gambar korang berada dalam keadaan yang kemas.



hasilnya macam inilah. untuk tutor kesan padam agak sedikit serabut
langkah seterusnya ialah pergi
File -- New -- Ok


width dan height ikut apa yang ada dekat atas tu. HH suka skala yang besar. Ada cara untuk resize. Jadi, kita ikut langkah demi langkah ya ^_^




langkah seterusnya ialah pindahkan gambar anda ke fail yang baru tadi. untuk alih tekan move tool atau huruf V.
Hold gambar yang korang nak lepas itu alih ketempat yang yang telah ditunjukkan






mungkin lepas korang drag gambar tu. gambar tu jadi besar macam kat atas ini. Caranya ialah pergi ke Edit cari free transform atau kalau malas nak cari tekan ctrl+T. dengan ini korang boleh mengubah saiz gambar tersebut ikut suka korang ^_^.


lepas transform dan gambar telah dialihkan ke tepmat yang sesuai.

selepas ini, pastinya korang nak buat tulisan yang cantikkan dekat header korangkan ^_^
tekan saja T atau carik lambang huruf T pada bar

lambang macam ini

dah tekan? kalau dah? klik je dekat mana-mana bahagian header supaya ada satu garisan tenggelam timbul keluar ( macam kita taip kat word ) 
kalau korang dah habis taip. pergi kat anak panah move supaya kalau korang nak buat benda lain ayat korang tak lari.

andai kata korang nak buat kesan-kesan khas pada tulisan korang. boleh pegi ke blending option.
caranya pergi ke layer tulisan anda klik kanan dan cari blending option selepas itu cari stroke untuk garisan tepi tulisan tu.. seperti gambar dibawah



dah siap? belum lagi...... hehehehe. sekarang ni korang kena save kan header korang dahulu.
File ---- save for web & devices (png-24)
kenapa HH guna cara ini? sebab senang nak resize header tu.. hehehe... tak payah nak pergi photscape ke photobucket ke nak resize....



__________
_________
________
_______
______
_____
____
___
__
_

dah hasilnya


hehehehe... Ni lah hasilnya.... Harap korang fahamlah dengan tutor yang tak seberapa ni..
kalau korang nak header lagi cantik bolehlah tempah dekat HH dekat SINI
Jikalau korang ada benda yang tak tahu boleh tanya dekat HH ya...

4 comments:

Anonymous said...

xpndai nak guna lg , bru downld :D
malas ! ahaha ~
bg0s3 tuto neyh hafiz :)

Raji and Yeen said...

wow cmtuh ker cara kau wat..
lain skit xpe nnti ak refer kt kau lgi hohooh

teciq said...

photoscape ngn gimp mne lg best?

puteraduyong said...

wah...pandai pandai... :)