Ada Apa Dengan Lalat?!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Ehsan google

Hafr ada terjumpa satu artikel berkaitan dengan istimewanya lalat. kalau korang nak tau apa dia baca lah artikel ni dari awal sampai akhir. Janganlah anggap lalat ini jijik dan geli kerana ada keistimewaan disebalik makhluk ciptaan Allah




  • Dalam riwayat lain: “Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya ubat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya danmengakhirkan ubatnya” (HR. Ahmad, Ibn Majah)

  • Nabi Bersabda, “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kalian, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapatpenyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)

  • Di antara mu’jizat kenabian Rasulullah dari aspek kedoktoran yang harus ditulis dengan tinta emas oleh sejarah kedoktoran adalah alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua sayap lalat yang sudah beliau ungkapkan 14 abad sebelum dunia kedoktoran berbicara.

  • Dan penyebutan lalat pada hadits itu adalah bahawa air tetap suci dan bersih jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab sakit, kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawarnya) pun tercelup ke air.

  • Dan kajian ilmiah terkini pun sudah dilakukan untuk mengungkapkan rahasia di balik hadits ini. Bahawasanya ada kekhususan pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap lainnya.

  • Oleh kerana itu, apabila seekor lalat dicelupkan ke dalam air keseluruhan badannya, maka bakteria yang ada padanya akan mati, dan hal ini cukup untuk menggagalkan “usaha lalat” dalam meracuni manusia, sebagaimana hal ini pun telah juga ditegaskan secara ilmiah.
  • Iaitu bahawa lalat memproduksi zat sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan Bakter Yofaj, iaitu tempat wujudnya bakteria. Dan tempat ini menjadi tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20:25 mili mikron.

  • Maka jika seekor lalat mengenai makanan atau minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bakteria tersebut.

  • Maka pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dengan gambaran yang menakjubkan bagi siapapun yang menolak hadits tentang lalat tersebut.

  • Dan Dr. Amin Ridha, Pakar Penyakit Tulang di Jurusan Kedoktoran Univ. Iskandariyah, telah melakukan penyelidikan tentang “hadits lalat ini” dan menegaskan bahawa di dalam rujukan-rujukan kedoktoran masa silam ada penjelasan tentang berbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat.

  • Dan di zaman sekarang, para pakar penyakit yang telah mengkaji selama berpuluh-puluh tahun, baru boleh mengungkap rahsia ini, padahal sudah dibongkar informasinya sejak dahulu, iaitu kurang lebih 30-an tahun yang lalu ketika mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri bahawa ubat berbagai penyakit yang sudah kronik dan pembusukan yang sudah bertahun adalah dengan LALAT.




    Hafr harap info ni dapat membantu :)

    Sumber : Sumber

Jari Kaki Dah Beransur Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hafr nak minta maaf sebab dah lama tak update blog, maklumlah sekarang ni minggu peperiksaan. Sekarang baru sempat nak update.

2 minggu yang lalu jari kaki Hafr yang LUKA dah pun beransur baik. Jahitan pun dah bukak. Tempat yang koyak pun dah mula cantum balik. Dah tak ada menahan kesikatan dan dah boleh rileks

Tapi, sejak sakit haritu Hafr jalan dengkot-dengkot, sampai sekarang pun jalan nak dengkot je. Mungkin semingu jalan macam tu dah terbiasa. Sekarang ni kena belajar balik cara berjalan dengan betul. Aduh susahnye. Takpe, lama-lama nanti boleh berjalan macam normal balik.


Saje nak letak gambar ni besar-besar. 
Senyum Selalu XD

Bahana Tempat Letak Ubat Nyamuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk entri ni agak suspen tak? Mana lah tau suspen kan? Sebab korang nak tau kenapa? 
OK. Hafr akan cerita apa yang berlaku.

Semalam petang, masa tiba-tiba wifi dekat rumah tiba-tiba tak berfungsi, Hafr pun pergi cari bateri sebab nak duduk dekat luar cari wifi orang ( suka hati je nak guna wifi orang ). Bateri tu  Hafr campak dekat mana - mana tah. Lepas tu nampak la dekat kat katil (katil bersepah). Tanpa diduga, Hafr terpijak tempat letak ubat nyamuk yang terpacak dekat bawah katil.Terkenalah dekat jari tengah kaki sebelah kanan, betul - betul dekat bawah jari tu. Sakit macam tercucuk jarum je, tapi sekali Hafr tengok jari yang terkena tu. Hurm,  koyak sampai nampak dalam. 


macam ni la rupa tempat letak ubat nyamuk tu.


Masa ni Hafr dah tak tau nak buat apa sebab risau sangat dah, kalau luka sikit takpe ni dah kritikal sampai terkoyak kulit tu siap boleh nampak dalam. Tanpa buang masa, Hafr terus panggil ibu ajak pergi hospital. Nasib baik dalam 15 minit je boleh sampai hospital. Nak pergi klinik, kena bayar lebih, baik pergi hospital kena seringgit je.

Dalam setengah jam lepas tu barulah sampai giliran Hafr untuk mendapatkan rawatan. Lama tak Hafr tunggu? Lama, sebab masa tu doktor tengah kerjakan orang baru lepas eksiden. Hafr kena dua jahitan dekat jari tu. First time kena jahit ni.

Hurm, lepas seminggu baru boleh bukak jahitan. Masa sekarang ni agak susah la nak regang-regangkan jari dan agak susah jugak nak berjalan dah macam orang sakit lutut dah jalannya. Harap dapatlah cepat sembuh.

Contest Gambar Cool


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hafr dah kekurangan idea nak update blog dalam masa terdekat ni ada sebab - sebab tertentu. Jadi, Hafr akan join segmen tak pun contest. Korang boleh join Hafr join mana-mana contest yang Hafr sertai :)
Kalini Hafr join contest Gambar Cool. Hadiahnya amat lumayan iaitu berupa wang tunai rm100.
Amatlah banyak disitu :)


Saja letak gambar besar-besar, bia panjang entri kalini.
Contest ni dianjurkan oleh Diary Amni. Nak jenguk blog dia tekan je banner kat atas tu.

Hafr letak 1 gambar je untuk dipertandingkan. Kebanyakan blogger letak 3, sebab maksimum gambar yang nak dipertandingkan ialah 3 gambar.


Cool tak? Nasib baik takde suruh like-2 bagai. lau tak payah nak promot..
Komen2 lah ye 


Terima Kasih Untuk Doodle Robot MyraaAzraf

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entri kali ni Hafr nak berterima kasih dekat kawan Hafr yang sudi men-doodle kan robot special untuk Hafr.
Pada mulanya, Hafr saja je usik dia mintak doodle robot.
 Tak lama lepas tu tiba-tiba ada orang mention nama Hafr dekat facebook. Then, tekan la tanpa rasa pelik. 

Punyelah terkejut dan tak sangka dia pergi buat doodle robot tu betul-betul.
 Orang dah buat takkan nak tolakkan? 
Bak kata orang rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari (okay, ayat reka sendiri ).  

Nak tau siapa dia?

Ni lah doodle robot yang Hafr dapat :)

Amacam? okay tak doodle-nya? Siap ada basikal lagi tu. FIXIE kot tu.
Komen-lah kalau sudi :)

Dia yang ke 350

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Siapa dia yang ke 350 tu? orang menang contest ke? dapat hadiah ke? tak pun menang segmen?
Semua persoalan tersebut berjawaban tidak!. Sebenarnya yang ke 350 tu kawan Hafr yang sudi mem-follow Hafr walaupun tak seberapa rajin sangat nak update blog ni dah. Ok. Nak tau siapakah orang yang bertuah tu? 


Nilah orangnya. Hafr cuma panggil dia dengan nama Apit. Thanks bro sudi follow blog tak seberapa ni :)
kalau nak terjah blog dia.Blog dia best dan dia jugak ada buat tempahan doodle bagi peminat doodle.
tekan je gambar hensem dia kat atas tu kalau nak terjah.

Dan ni adalah hadiah yang tak seberapa yang Hafr mampu bagi kat Apit :)


Sekian :)