kek oh kek! #2



assalamualaikum...


baiklah, kali ni hh nak kongsi dengan korang resepi kek.
hanya dengan resepi kek ni, korang boleh buat macam macam jenis kek. tak payah nak carik kat internet yang bemacam macam resepi yang memeningkan kepala. resepi ini ringkas sahaja..


baru buat malam tadi ^_^

antara bahan yang korang kena sediakan untuk membuat kek(20cm)/kek cawan(7 cawan) ialah

  • 160gm tepung naik sendiri ( jika ada, jika tak ada boleh guna tepung biasa dan jangan lupa untuk tambah 1 sudu kecil soda berkabonat )
  • 160gm gula castor ( guna gula biasa pun boleh kalau tak ada gula castor )
  • 150gm butter ( perlu dilembutkan dahulu)
  • 3 biji telur gred A atau B atau C
  • susu cair
  • vanilla essence

cara - cara membuatnya :
  • sediakan oven dalam keadaan suhu 150'c
  • ayak tepung
  • tepung dan gula perlu diasingkan dahulu
  • masukkan butter kedalam gula dan kacau sehingga kembang dan sebati
  • masukkan 3biji telur sebiji demi sebiji kedalam adunan tepung dan gula tadi 
  • apabila sudah sebati, letakkan 1 sudu vanilla essence (fungsinya untuk menghilangkan bau )
  • kacau sehingga sebati dan kembang.
  • dengan menggunakan kaedah kaup balik, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan 1 sudu demi 1 sudu susu cair.
  • sapukan sedikit butter kedalam loyang dan tabur sedikit tepung. ini bertujuan supaya kek anda tidak melekat pada loyang.
  • setelah selesai masukkan adunan tersebut kedalam loyang ataupun kedalam kertas cawan anda.
  • dan sedia untuk dimasak ^_^
kalau korang nak buat kek coklat, hanya tambahkan dalam 3 sudu keil serbuk koko sahaja ^_^

p/s: korang boleh lah cuba resepi ni kalau berminat ^_^ . 
kalau ada apa apa pertanyaan boleh tujukan kepada hh okay ^^



kek oh kek! #1



Assalamualaikum

hahahaha.... kali ni korang mesti dah tahukan hh nak cerita pasal apa kali ni.. ( tengok tajuk pun dah boleh agak pasal kek ) ^_^

masa hh tingkatan 4 lagi dah teringin nak buat kek sendiri dan impian hh juga untuk bukak kedai kek hh sendiri. hehehe
baiklah taknak panjangkan cerita pasal hal-hal yang dah lalu.
sekarang hh nak cerita pasal hal-hal yang sedang dan baru sahaja berlaku.

baiklah.. pada entry post yang lalu. hh ade cerita pasal hari jadi ibu hh kan? time itulah, pertama tama kalinya hh cuba membuat kek cawan atau lebih dikenali sebagai cupcake. walau bagaimanapun, kek cawan tu tak jadi tapi sedap.. ahaha.. tak jadi sebab dia tak kembang tapi bila makan... huh... hanya orang yang makan sahaja yang tau betapa manisnya kek cawan tu

^
|
|

inilah kek cawan yang hh buat pertama kalinya.. maaflah sebab tak jelas gambarnya..

keesokan harinya... hh cuba lagi buat kek kali ke dua. kali ini dah siap dengan loyang dah. hurm... sama juga macam kek cawan yang hh dah buat. hh tanya dekat ibu, kenapa kek tu tak naik dan tak kembang, bila disiasat-siasat, rupa-rupanya. tak letak soda bikarbonat!!! ahaha... >_<!! patutla tak naik lagi kembang...

|
|
|
|
|
|
|
|
V

hari ini, hh telah mencuba lagi untuk
 membuat kek ( percubaan kali ke-3)
kali ni hh telah tambahkan soda berkabonat tersebut kedalam ramuan.. dan.... akhirnya!!! menjadi pun kek yang hh buat... ahahaha... seronoknya pada masa ni.. terlompat lompat la jugak hh.. hehehehe


kek ni namanya kek marmar, sepatutnya letak pewarna ros tapi hh letak serbuk coklat ganti ros.. hehehe.. ni lah hasilnya.. sedap dimakan ketika baru keluar dari oven (makan masa tengah panas)

ahaha... kali sahaja cerita hh.. later kalau ada lagi pasal kek hh akan cerita lagi kat korang semua. ^_^

p/s: kepada rara tan : entry ni hh tujukan khas untuk RT sebab esok RT dah nak berangkat ke UiTM .. sedih dan akan rindu rt nanti hehehe.. ( entry ni juga ditujukan kepada kawan kawan hh juga ^_^)