GEORGETOWN: Tiga bayi yang menghidap penyakit jantung mohon bantuan dan ihsan orang ramai menghulurkan sumbangan kewangan bagi membiayai kos pembedahan dan rawatan segera mereka di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), di sini.
S Tasvinee, yang baru berusia 11 hari menderita penyakit itu selepas saluran Severe Co-Artation Aorta (COA) mengalami masalah dan memerlukan pembaikian segera selain saluran Multiple Ventricular Septal Defect mengalami masalah.
Dia memerlukan kos RM30,000 untuk pembedahan pertama dan RM45,000 untuk pembedahan kedua bagi membolehkan sistem penafasan dan penyaluran darah pada paru-paru berfungsi dengan sempurna.
Bayi perempuan itu pernah menerima rawatan dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dipindahkan ke GMC untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sementara pembedahan dilakukan.
Bapanya, P Sangar, 39, seorang juruteknik dari Padang Serai, Kedah hanya berpendapatan RM1,010 sebulan, manakala ibunya, C Shanti, 38, seorang operator kilang berpendapatan RM664 sebulan.
“Sebagai bapa, iringan doa sentiasa diberikan supaya ada pihak sudi membantu dan menghulurkan sumbangan kepada Tasvinee menjalani pembedahan, sekali gus pulih untuk bermain bersama abang dan kakaknya berusia lima dan 10 tahun,” katanya.
Seorang lagi bayi perempuan, Rabil Atul Adawiah Anuar, berusia 21 hari turut mengalami masalah sama selain masalah Patent Ductus Arteriosus (PDA) dan memerlukan kos RM30,000 bagi pembedahan.
Bapanya, Anuar Hashim, 34, yang bekerja sendiri memperoleh RM800 sebulan manakala ibunya, Hazlina Harun, 32, seorang suri rumah dan perlu menampung seorang anak lelaki berusia enam tahun.
Manakala Lim Wei Bin, berusia sebulan pula kini menderita masalah saluran Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage (TAPVD) dan memerlukan sumbangan RM35,000 bagi menjalani pembedahan.
Bapanya, Lim Kai Mun, 38, seorang penjaja dari Bidor, Perak hanya memperoleh pendapatan RM1,000 dan ibunya, Yong Fui Lee, 33, seorang suri rumah.
Menurut Kai Mun, keadaan anaknya agak kritikal kerana saluran pendarahan pada jantung disalurkan dari paru-paru dari arah yang salah sehingga mengalami masalah terutamanya pada jantung.
Orang ramai boleh menderma dengan menghantar cek atau wang pos kepada The New Straits Times Press (M) Bhd, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak terbabit di belakang cek.
Nota bintang: masa inilah korang berpeluang untuk membuat kebajikan. bak kata orang " hulurkan tangan ringankan beban"
1 comment:
wowww kiut2 nye doodle..hehe..lawa la header kamu..sukaa..wne ungu..btwy e-ra follow sini..jom singgh blog e-ra kalo free..
dtg dari blogger kaki kipas =)
Post a Comment