Ramadhan dan Ogos


Assalamualaikum.......
Bulan yang bakal tiba telah pun tiba iaitu bulan Ramadhan dan Ogos. Apa kaitan  dua bulan ni dengan HH?
Sebenarnya bulan-bulan ini ada kaitan dengan semua orang sama ada yang masih hidup atau pun yang telah lama........ meninggal dunia.... Dua bulan ini adalah bulan yang istimewa bagi HH sebab dah lama HH tunggu saat ni. BULAN PUASA!!! huhuhu. kenapa HH tunggu? sebab nak kurangkan makan. Selama beberapa bulan dah HH melantak apa benda bagai sampai tak ingat dunia bila bab-bab melantak ni ^_^
Bulan puasa jatuh pada bulan Ogos. Kepada korang yang lahir pada bulan Ogos amatlah bernasib baik
Kenapa HH cakap bernasib baik?
Sebab, bila kita sambut Happy Birthday kita dalam bulan yang amat mulia. Berkemungkinan tak ada orang nak pedajal kita bila hari jadi kita tiba. berkemungkinan tak ada yang baling telur atau tepung atau sebagainya dekat korang. ^_^

Di bulan Ramadhan yang mulia ni sama-samalah kita menunaikan ibadah yang wajib dan sunat iaitu puasa dan solat terawikh. Setahun sekali je kita sambut bulan puasa dan solat tarawikh ni, kalau ada rezeki tahun depan boleh sambut lagi. Tetapi, pemikiran masyarakat sekarang mungkin dah berubah. Ada segelintir masyarakat berfikir, bila puasa ? boleh cari macam-macam makanan kat bazaar, berniaga pada bulan tersebut. Kita sebagai umat Islam haruslah betulkan balik niat kita iaitu beribadah sebaik mungkin pada bulan puasa.. Kerana puasa adalah satu bonus untuk umat Islam untuk beribadah...
kenapa? sebab : 
  • Pintu syurga dibuka seluas-luasnya sepanjang Ramadhan dan pintu neraka ditutup serapat mungkin.
  • Syaitan akan diikat pada bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan ibadat dengan penuh keikhlasan. Tapi kita kena ingat kawan kepada syaitan iaitu nafsu tak penah dikurung dan diikat. Nafsu akan menggantikan tempat syaitan untuk menjurumuskan umat Islam kejalan yang sesat.
  • Kita berpuasa bukan setakat makan dan minum sahaja. Mencarut ke, bergosip ke, tak kiralah lisan atau perbuatan yang mazmumah perlu dielakkan.Ingat tu.
  • Percayalah bahawa orang yang berpuasa bau mulutnya lebih wangi seperti kasturi disisi Allah.
  • Malam lailatul Qadr kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain
Tawaran ni bukan senang kita nak kecapi. Malahan kita tak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menunaikan ibadah tersebut ^_^. Panjang berjela jugaklah HH cerita pasal bulan Ramadhan ni.

Sekarang nak cerita bulan Ogos pulak. Maaflah bagi sesiapa yang membaca. Entri kali ini agak panjang, HH berterima kasih yang tak terhingga sebab sudi baca entri HH tak kita panjang mahupun pendek...

HH amat bersyukur sebab telah dilahirkan pada bulan Ogos. Bulan yang mana tahun ini telah menerima baik bulan puasa hadir dalam diri bulan Ogos. Merepek sudah.. ^_^ mungkin tahun depan raya pulakkan.. mana kita nak tahu. Macam yang HH beritahu dekat korang pada mukadimah entri ni. Kita juga akan menyambut hari Kebangsaan ( hari merdeka ) Wah! untungnya.. Kalau nak diikutkan bulan ini berkemungkinan akan sambut 3 peristiwa yang utama dalam 1 bulan je!!! kalau tak percaya tengok kalendar laaaa..
Mula-mula kita sambut ketibaan puasa, lepas tu raya merangkap hari merdeka terus.. Semua tu kan dalam satu bulan? kalau silap bagitau ea.. main taip je ni.

Sampai sini sahaja kemerepekan dari HH dan dengan kesempatan ini HH nak mengucap Selamat Berpuasa kepada korang yang sudi membaca entri HH yang tak seberapa ini. Kepada perempua, jagalah adab pemakaian korang bila berada dalam bulan yang mulia ini....

 
Maafkan saya kalau ada buat salah silap ^_^



Merdeka!!! merdeka!!! merdeka!!! hahahaha.... selamat hari merdeka juga walaupun lama lagi...

4 comments:

fara feroza said...

selmat berposa n merdeka skali... syok gak ade 3 menda nak sambut ni kan...puasa, merdeka n raya... huhu..:)

Anonymous said...

cehh suka lah dia kan ^^
selamat berpuasa jgk hafiz ;)

Nurul said...

Selamat berpuasa :)

Afuan Shah said...

wuuuu
mcm2 kan??
nuzul quran lagi...
merdeka lagi..
puasa lagi
raya lagi
wuuu~~besnya..
semoga ramadhan menjadi madrasah buat kita..
kalau nk berubah bukan berubah waktu bulan puasa ja..lepas puasa pon kena la istiqamah..inshaAllah..amin.