Eh! Blog Kena Review? #13 (JULAI) : Zafirah Rostam & Cerita Ikmal


Assalamualaikum
Segmen kali ini menampilkan 2 lagi blog yang akan direview dalam segmen..
Eh! Blog kena review?.... Tanpa membuang masa kita terus blog yang pertama



Tekan header untuk terjah!
HH tengok balik blog Zafirah Rostam (ZR) ni dah bertukar rupa. Tak percaya?
boleh tengok blog dia ya ^_^

Masa Untuk Loading

seperti mana yang HH beritahu pada segmen yang lepas, Blog akan menjadi ringan macam ZR bila menggunakan denim template. Tak percaya? bukti dah ada takkan tak percaya juga.

Pengisian Blog

Blog kemas dan teratur, loading pun cepat tak ada masalah. Blog ZR ni pun nampak stabil tak ada terlebih sebelah kanan ataupun kiri. Kalau korang tengok blog ZR ni, banyak jugak gambar bergerak. Tapi hasilnya? blog ringan jugak dan tak berat seperti yang korang jangkakan.

Tulisan
Jelas tapi saiz tulisan perlu diperbesarkan sedikit.

Lagu
Lagu ada, tapi jangan risau ada butang untuk pause...

Dah habis review tentang blog ZR. Korang apa tunggu lagi, jenguk-jenguklah blog ZR ni. Dia ada buat bloglist, kalau ada yang nak letak link blog dekat blog list dia bolehlah mintak izin dekat dia. ^_^

..........................................................................................................................

blog seterusnya:


Tekan header untuk terjah!

Kepada Ikmal, jangan tanya macam mana HH boleh dapat header Ikmal ok..
hahaha.. tengok header dia ceria je...

Masa untuk loading

 80.35kb. boleh tahanlah berat blog Ikmal ni. Tapi tak apa, ada cadangan HH nak bagi dekat Ikmal ni pasal blog dia.

Pengisian Blog
Dengan hati yang gundah-gulananya mengatakan blog Ikmal agak serabut sedikit. Dengan senarai blog dekat bawah header yang begitu panjang dan banyak. Benda tu telah menyusahkan blogger kerana terpaksa skroll untuk melihat entry-entry ikmal yang menarik. Kalau nak letak juga senarai link blog tu, Ikmal patut letak kat bawah blog, biar bila orang dah baca entry Ikmal dah tertarik dengan blog Ikmal diorang tinggalkan link blog mereka dekat blog ikmal. Latar belakang Ikmal pula, kalau tak memberi kesan kepada loading menjadi lambat, tak perlu ubah ^_^

Tulisan
Boleh dibaca dengan jelas. Kalau boleh besarkan lagi tulisan dalam 1-3px lagi. ^_^
tu cadangan je. jangan marah ya..

Lagu?
tak ada lagu. ^_^

Ikmal jangan ambil hati ya tentang komen-komen yang HH berikan. Semua komen yang HH bagi itu adalah pendapat HH sendiri. Dan tak lupa juga kepada rakan yang membaca. Jangan lupa singgah blog Ikmal ni...



Nota Bintang: Siapa setuju segmen ini dilanjutkan ke bulan seterusnya tolong beritahu HH secepat mungkin. ^_^

2 comments:

Ikmal said...

thnk for the comment...:D

fyraa ♥ said...

nak thu tak , fyraa baru perasan pasal ni , thanks :)