Eh! Blog Kena Review #14 (JULAI) : Pika Stories & Cik Daya Conan

Assalamulaikum...
Segmen kali ini akan menceloteh 2 lagi blog yang bakal dan akan di-review.
memandangkan bulan Julai dah nak habis tarikh dan harinya.. HH akan buat review kilat(quick review)
untuk 2 blog ni..

Pika Story punya blog....
Tekan Header untuk terjah ya!!

Masa untuk loading
Berat tak beratlah kan.. tapi masih laju lagi loading-nya.. kalau lambat. sabar la ya...

Pengisian Blog

Kemas dan teratur. latar belakang semua Ok. Tengok header dah boleh agakkan? Obses dengan Pikachu blogger ni. Blog dia bertemakan pikachu yang comey-comey. Penggunaan widget atau aksesori yang tidak perlu tak ada dalam blog ni. ringkas dan sedap mata memandang..

Tulisan
Boleh dilihat dengan jelas dan terang

Lagu
Hurm.... lagu tak ada.

Hurm.. memang quick review betullah kan.. kejap je dah setel blog PS ni. Ops.. Bukan penulis senja tapi Pika Stories. ^_^ jangan salah faham ok. Apa tunggu lagi. Nak follow? nak tengok je? nak buat itu buat ini? korang buatlah? Sebelum itu. PS ni pun ada sediakan khas tutorial berkaitan dengan blog yang mungkin berguna untuk korang..

..............................................................................................................
Seterusnya:


blog CIK DAYA CONAN
Tekan header untuk terjah..

kenapa Conan ea? mungkin Cik Daya kita ni suka tengok anime Detective Conan kot... ^_^
dah-dah-dah.... nak merepek pun entri lain la.. hehehe..

Masa Untuk loading..

Huh! berat blog ni.. 123.24kb kenapa tak 123.45kb je.. Baru seronok boleh main kira-kira..
Berat tak beratlah. Loading masih laju dan tak ada infect virus ataupun malware yang menggerunkan..

Pengisian Blog
Blog agak serabut dari segi content. Sidebar dah ok tapi dekat sini nak cadangkan dekat Cik Daya supaya kurangkan post dekan main blog. Kurangkan jadi 3-4 entri sahaja dekat main blog tu..
Kalau tak tau macam mana nak kurangkan tanya HH okay. Lepas tu, penggunaan widget yang boleh memberatkan blog haruslah dibuang. Widget seperti jam atau welcome note yang boleh menjejaskan blog haruslah di-remove dengan kadar segera. Kalau tak, tak payah buang..

Tulisan.
Boleh dibaca. Besar lagi ^_^

Lagu.
ada tapi kita bernasib baik kerana Cik Daya menggunakan kotak lagu yang boleh di-pause lagunya.


Huh! tak sampai 30minit pun review ni disiapkan.
Bulan Ogos bakal datang. Segmen ini perlu diteruskan atau tidak?
HH perlukan jawapan dari korang semua yang membaca entri ini....
Senarai blog yang dah kena review akan HH kemas kini secepat mungkin....

1 comment:

Pi Kachuu Pika said...

Thank u... ada lagu lahh... cuma "relaxing music"... x dengar sangat... huhu... thanks!!