Berdoalah Pada Saat Yang Terbaik

Kali ni Hafr nak kongsi sikit tips adab berdoa dekat korang semua. Harap korang bacalah ye walapun agak panjang berjela dah entri kalini.

Kita manusia yang lemah. Apabila kita sedar diri kita lemah, kita mengakui ada pihak yang kuat, yang gagah perkasa dan mampu memberi pertolongan kepada kita yang lemah. Oleh kerna itu, maka kita hanya mampu meminta dan tidak boleh mendesak – desak supaya apa yan kita pinta ditunaikan.

                Dalam menghadapi kehidupan, kita sebagai manusia yang beragama sering diuji dengan bermacam – macam dugaan. Sekarang, pelajar – pelajar yang hamper menduduki peperiksaan seperti PMR,SPM mahupun STPM sudah belajar atau berusaha untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ibu bapa , guru – guru dan murid telah berusaha lama belajar, mengkaji bentuk soalan, mempelajari teknik menjawab soalan , melatih diri menjawan mengikut format peperiksaan dan pelbagai kaedah ikhtiar sebagai manusia yang diperintahkan supaya berusaha mencapai sesuatu tujuan. Dalam kita berusaha, kita tidak dapat melupakan kuasa yang agung iaitu Allah. Hanya dialah yang mampu menunaikan kehendak atau impian kita dalam peperiksaan mahupun perkara yang lain.

                Dengan ini, maka afdal kita meminta kepada Allah pada waktu yang Allah sendiri sangat bersedia untuk menunaikan apa yang dipinta. Dalam kehidupan antara sesame manusia pun, kalau kita hendak meminta sesuatu daripada ayah dan ibu ada waktu yang sangat sesuai, mungkin pada waktu malam selepas makan bersama.

                Waktu yang paling baik berdoa adalah pada waktu malam. Rasulullah memberitahu kita, bahawa satu pertiga malam akhir atau kira – kira pukul 2.00 hingga 6.00 pagi ( sebelum masuk waktu subuh ) . Maksud sabda Rasulullah ; “Allah tabaraka wa ta’ala akan turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa spertiga malam terakhir. Maka Dia berkata : “ barang siapa yang berdoa kepada-Ku akan Aku kabulkan doanya; barang siapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku beri permitaannya ; dan barang siapa yang meminta ampun kepada-Ku, maka banyakkanlah doa ketika sujud”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Nak tahu bila masa paling Allah suka dan dikira ‘seakan-akan pasti’ untuk tunaikan apa yang kita pinta? Jawapannya dah pun diberitahu oleh Rasulullah iaitu dalam solat ketika bersujud. Alangkah baiknya permintaan kita supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan atau dapat jodoh atau benda yang kita nak dinyatakan dalam solat sunat tahajud. Maksud sabda Rasulullah: “ paling dekat hamba dengan Tuhannya ketika sujud, maka banyakkanlah doa ketika sujud.” (riwayat Muslim)


sumber : google


                Berdoalah kepada Allah dalam keadaan sedar dan faham apa yang dipinta. Dalam kehidupan sehari – hari tidak pernah kita meminta sesuatu atau pertolongan dalam keadaan kita tak sedar atau tak faham apa yang diminta! Tidak pelik di sisi Allah berdoa dalam bahasa Melayu mahupun bahasa lain, tapi bukan dalam solat. Jika dalam solat berdoalah dalam bahasa arab atau menyatakan dalam hati jika menggunakan bahasa Melayu.

Maksud sabda Rasulullah, “ Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa.” (riwayat at-Tarmizi, disahihkan oleh al-Albani)

                Janganlah berdoa dengan suara yang kuat dan lantang. Kita bukan berdoa kepadaTuhan yang pekak tetapi kepada yang Maha mendengar. Bersuara lembut dan perlahanlah, serta merayu- rayu penuh harapan agar ditunaikan permintaan. Penuh yakin semua permintaan kita ditujukan kepada Allah, kerna tidak ada sesiapa juga dapat menunaikan hajat atau harapan kita selain Allah yang Maha Kaya. Ini diajarkan Allah dalam al-Quran.

sumber: google

Begitulah konsep dan peraturan berdoa kepada ALLAH. Berdoa merupakan ibadah yang sudah diatur oleh Allah dan diterangkan oleh rasul-Nya. Jika kita benar – benar merasa lemah, kerdil dan hina disisi Allah, terima sajalah apa saja garis panduan berdoa yang Allah dan rasul-Nya tunjukkan kepada kita.

Wallahu’aklam.
Renung-renungkan dan selamat beramal :)

1 comment:

daya jamal said...

hem , macam penah baca jew , ;)