Raya oh raya!! : Part 1!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Raya sebulankan ^_^

   Dah lame betul Hafr tak update blog nih. Dah hampir-hampir bersawang dah ni. Sejak 1 hari sebelum nak raya sampailah sekarang ni baru dapat mood nak update blog :)

   Hafr ada jugak singgah blog-blog blogger, diorang semua dah cerita pasal raya. Hari pertama raya pun dah ada orang update. Rajin betul update blog ye. Ok, kali ni Hafr pulak nak cerita pasal raya dekat korang. Tak tau lah best ke idak, janji korang sanggup bace tu pun dah kira memadai. Seminggu cuti sekolah, memang cuti sakanlah walaupun ada hal penting yang perlu diselesaikan. Mukadimah tak perlu panjang-panjangkan, nanti korang malas pulak nak baca. Jadi, post kali ini Hafr nak cerita raya Hafr sampai raya ke-3 dulu. Sebab tu lah ade 'part' :)

Raya Pertama..

   Tahun ni Hafr pergi solat sunat raya dekat masjid yang berdekatan dengan rumah. Tak macam tahun-tahun yang lepas, solat dekat kampung. Lepas habis solat dengan khutbah semua, Hafr dan keluarga terus balik kampung dekat Gedangsa. Siapa tak tau Gedangsa tu dekat mana, tempat ni berdekatan dengan Tanjung Malim. Kalau tak tau jugak boleh tengok google :)

   Dah sampai rumah atuk kesayangan Hafr terus je cari atuk salam dan peluk erat-erat macam dah berpuluh tahun tak jumpe *tipu je padahal salam cium tangan je. Lepas tu terus menuju ke dapur sebab dari pagi tak makan, ibu tak sediakan makanan sebab lepas solat terus ke kampung. Dah sebulan tak makan siang-siang jadi batak pulak bila dah dapat makan. Dari pagi sampai petang lepak rumah atuk sebab tunggu ayah balik sebab ada urusan. Apa lagi kalau dah tunggu dari pagi sampai petang tu tengok tv jela memanjang. Nasib baik rumah atuk ade ASTRO ( rumah Hafr tak ada ) best lah jugak dapat tengok cerita yang tak pernah ditengok. Petang dalam pukul 3 ayah pun sampailah dekat kampung, dah sampai barulah mula upacara bermaaf-maafan, masa ni lah macam-macam suasan muncul antaranya sedih dan gembira :) Lepas tu atuk bagi duit RAYA!!! wah best-best. Sape nak Hafr belanja *kedekut sebenarnya sebab nak beli makanan je tau 

   Tak lama lepas tu kitorang sekeluarga barulah bergerak beraya rumah sedara yang terdekat. Dalam pukul 10 malam kitorang terpaksa berangkat pulang nak pergi rumah nenek pulak dekat Sg. Air Tawar, Sabak Bernam. Hafr tak terus pergi rumah nenek malam tu jugak, Hafr berenti dekat destinasi yang paling seronok untuk rehat iaitu rumah sendirilah. Hehehe.. ingat korang kat mane ye agak-agak?

Raya Ke-2...

Pagi tu jugak siap-siap dengan baju yang hensem, segak,macho lagi menawan nak pergi balik kampung nenek pulak. Sebenarnya kampung atuk tu kampung ibu Hafr, sebab panggil kampung atuk sebab nenek dah lame pindah rumah (meninggal dunia) begitu juga sebaliknya tapi kampung nenek dua-dua dah pindah rumah. Sekarang rumah nenek makcik duduk tapi dah menjadi adat sedara-mara yang jauh berkumpul dekat rumah tu. Masa Hafr sampai rumah nenek, Hafr laju-laju pergi belakang dapur tengok diorang tengah siap nak masak satay ayam. WAH!! satay tuuuuu!!. Diorang cakap ada baraan kampung belah lelaki nak datang jadi diorang pun siapkan lah apa-apa yang patut. Sambil tu, Hafr pun tolong gak masak satay tu sampai terbakar-bakar lidi sate tu habis jadi ketot sate tu. Dan tak sah kalau tak sambil masak ambil secucuk makan lepas tu ambil lagi makan :)
Ramai jugak yang datang kat rumah nenek ni. Pak cik Hafr siap pasang mercun lagi. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut berapa ramai orang yang datang tengok video kat bawah ni dibawa khas dari Hafr sendiri.


amacam, nampak ramaikan yang datang siap tershashul Hafr cakap. Lepas je baraan tu Hafr santai dengan sedara-mara kat sana. Seronok kot sebab dapat duit raya lagi, kalau sedara Hafr siapa masih belajar still lagi dapat duit raya. Maklumlah untuk belanja sekolah ke U ke kolej ke mana tau kan :)

Raya Ke-3

Ada apa dengan raya ke-3? tak ada apa-apa pun. Bosan bosan bosan!!! . Hafr duduk rumah seharian tunggu ibu balik dari baraan sebab raya ketiga baraan para wanita pulak yang pergi beraya. Tapi dalam bosan tu, mulutnya tak pernah bosan sebab mengunyah tak habis-habis. Asal bosan je makan asal bosan je makan. Dah kembung perut pun cari makan jugak. Yela, tak tau nak buat apakan? makan jela taunya. Memang seminggu cuti raya makan jelah jawabnya.

BERSAMBUNG...........

3 comments:

daya jamal said...

jangan gedik-2 msuk kan gambar aku too yew apis . .

hafrizzul hafiz said...

tak peduli la... lalalala..
hehehe.. jage ko.. ><!

daya jamal said...

>_< hee !
jage larhh kau !
errrr =="