1st Time Drive Kereta Pergi Jalan Jauh


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Harini Hafr nak kongsi sikit pasal apa yang terjadi hari ni. Hari ni ada kenduri dekat kampung Hafr. Apa lagi kalau bukan kenduri kawin kan. Dah siap-siap semua, kitorang pun masing-masing pergi kat kereta. Hafr sajalah duduk dekat tempat driver tu ingat ayah nak bawak. Tup-tup, ayah ngan ibu suruh Hafr bawak. Hehehe, dah la jarang sekali nak bawak kereta, nasib baiklah auto, Hafr biasa bawak kereta pergi balik masjid je tu pun sebab masjidnya dekat - dekat dengan rumah.


Kira macam nilah pelannya,nak cepat siap, hantam jela. Dari rumah Hafr nak pegi masjid dalam 300-500 meter je, jalan kaki lenggang lenggok pun boleh sampai :) bawa kereta sebab bawak satu keluarga pergi masjid. 

Tapi kali ni mengambil masa dalam 1 jam perjalanan. Lama tu, dah la dengan lesen takde, asas pun takde, hentam je bawa. Lepas tu pulak jalan tak betul beralun - alun. Habis bawak macam naik kuda je. Lepas tu ada pulak bukit-bukau, dah nak kena turun naik, tak lupa juga dengan jalannya kecik kereta boleh tahan banyak. Tapi yang best-nya masa turun bukit, tak payah nak dok sibuk tekan-tekan minyak. Dah macam roller coaster pun ada ( roller coaster pun tak penah naik ) . Ayah duduk dekat belakang, Ibu Hafr duduk dekat tepi. Habis dia terjerit-jerit takut Hafr masuk semak. Hafr dah lah jenis suka bawak laju-laju. Kalau bawa motor dah lama merepit kot. Tapi demi keselematan keluarga. Hafr bawak secara perlahan :)

lepas sejam sampai pun dekat destinasinya iaitu dekat Gedangsa. Gedangsa dekat ulu bernam. Dah dekat-dekat dengan Tanjung Malim. Bila nak balik pulak. Ayah yang drive kereta :)
Nilah pengalaman yang susah nak lupakan buat masa sekarang

p/s: kalau orang lain baca pasal 1st time drive mesti takda apa-apa sebab tak merasa ^_^

No comments: