Karipap Karipap Cinta ( Komen Hafr )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


cekau dari google :)


Baru je tadi Hafr selesai tengok cerita karipap karipap cinta lakonan Gambit Saifullah (hero) dan Melia Aimelia (heroin) . Alang-alang ada orang buat event bagi download cerita ni, tak nak buang masa Hafr terus download. Malam dah boleh tengok.  Best jugak ceritanya. Ada macam-macam perasaan jugak dalam cerita ni. Seronok,lawak,sedih,suspen pun ada. Tapi ada satu je yang Hafr tak bekenan sangat dekat cerita ni. Tapi mungkin dah banyak orang komen pasal cerita ni, Hafr baru je habis tengok.

yang Hafr tak bekenan sangat-sangat dekat dalam filem ni ialah terlalu banyak sangat perkataan-perkataan yang kesat. Kaaaaalau orang macam kita ni dah biasa sangat dengar kata-kata macam tu. Tapi apa pulak ceritanya kalau budak kecik yang tengok cerita ni ikut apa yang diorang cakap? Sepatutnya, walaupun ikut peredaran masa dan zaman, janganlah menggunakan kata kesat mahupun kasar dekat dalam filem. Kebanyakan orang akan ikut apa yang filem tu tayangkan.

Apa yang perlu kita buat sekarang. JANGAN bagi budak-budak tengok. Nanti kalau diorang cakap apa-apa entah, siapa yang susah? kita jugak kan? tak gitu. Jadi, hak masing - masing, pandai-pandailah korang bimbing adik-adik kecik tu kalau ada. Kalau dah besar pun halang dia cakap benda-benda yang tak elok. untuk filem ni Hafr bagi markah 7.5/10 . 

Sekian. ada pendapat lain? bagitau la ye :)

3 comments:

pondok harul said...

ko nie mcm buat karngan je ..
best erk ?kt mna ko download ?

Nora Mohd said...

...........

hafrizzul hafiz said...

harul.. ade la..
nora.. asl titik je..?