Eh! Blog Kena Review #10 (JULAI) : Elynk Aeryn & Mawarku Wada


Maaf sebab buat korang menunggu review yang seterus.
Bulan Julai dah datang... maknanya HH kena buat riview untuk bulan ni.
Hurm.. HH nak berterimakasih dekat korang yang sudi sertai segmen Eh! Blog kena riview?
yang HH buat.
Okay-okay-okay dan OKAY.. rasanya korang dah tak sabar nak tau blog siapa yang akan HH riview kalini.
Biasalah 2 blog akan HH riview...
SO!! CHECK IT OUT!!!

.......................................................................................................................
Blog yang pertama ialah:



Tekan gambar untuk terjah!!
Sesiapa yang kreatif buat header tu.. bolehlah sumbangkan idea korang tu untuk buat header Elynk Aeryn(EA) kita ni.. ^_^
Tak nak buang masa JOM TERJAH


Masa untuk loading

AE ni blogger baru. jadi, blog dia memang ringanlah kan.. Blog HH pun makin susutlah berat dia. he3. dietlah katakan. Jadi, korang tak payah la nak susah hati masuk blog dia ni..

Pengisian Blog

Widget tak serabut. AE ni blog dia ringkas sebab mungkin dia belum terjah sangat bab-bab mengedit blog ni. HH ada cadangan nak bagi kat AE ni. Kalau boleh buang notis apa nama dia HH lupa yang kita kena tekan dulu baru boleh masuk blog AE, kena buang ya. Tak tau nak buang? Tanya blogger otai ^_^
Okay mungkin ini sahaja yang HH nak ulas dekat sini. Sebab blog AE ringkas.

Tulisan
Mampu untuk dibaca. terima kasih ya AE ^_^

Lagu?
Sudah terlalu pasti yang mana lagu didalam blog.... tak ada ^_^

Jadi apa tunggu lagi.. TERJAH lah blog AE ni. HH memang akan review blogger yang baru dan memerlukan bantuan untuk memberitahu bahawa mereka ini wujud dalam pesada dunia blog!
jadi apa tunggu lagi. jalankan tugas korang untuk mewujudkan blogger-blogger baru ni ^_^

...........................................................................................................................

Blog yang ke-2 :


 Tekan header untuk terjah!

lagi 1 blog pada entri kali ini.
dia ialah Mawarku Wada (MW) jumpa nama dia ni dekat FB je.. Nak tau nama sebenar dia siapa?
pergilah tanya dia sendiri ^_^

Masa untuk loading

Nampak beratkan? berat tu memanglah. nak tau kenapa? HH akan cerita dekat slot Pengisian blog.
berat berat blog MW ni pun.. tengok average speed dia.. 0 tuuu.. hahaha.... kalah saya.. 

Pengisian Blog
Kemas? mungkin.. tapi apa yang HH nampak agak serabut dan tak stabil. sebab side MW sebelah kiri tu macam terlebih-lebih. HH ada cadangan tapi ni cadangan je ya. Tak nak ikut pun tak apa. sebab tu blog MW. Anda ada hak keatas blog anda. HH cadangkan buat 3 kolum dekat blog MW atau buanglah mana-mana sidebar yang tak berkaitan. macam 'contest'? mana yang dah luput tarikh tu, dah boleh 'remove' kot.
ada lagi 1 cadangan. Buat page/icon untuk 'shoutbox' MW ^_^.

Tulisan
Tulisan Ungu macam saya!! ^_^
tulisan MW jelas, sesuai dengan persekitaran, kejap kecil kejap besar. hehehe.
mungkin kena 'maintain' tulisan tu biar orang tak pening.

Lagu?
AAAAADA lagu !~~
hurm.. tapi mana button Pausenye? penat HH cari. rupanya MW guna mp3 'player' yang tak ada butang untuk pause. MW guna Gratisan Muzik. HH cadangkan MW guna youtube atau pun pemain mp3 yang ada button Pause. ^_^

APA TUNGGU LAGI!! JOM TERJAH!!!~~ 
korang mesti terjah blog ni. banyak entry yang menarik yang dipersembahkan oleh cik MW kita ni.
^_^


Baiklah~~!!! Selesai pun entry pertama untuk segmen ini. Harap-harap korang terhiburlah ya.
Sebarang cadangan untuk segmen ini boleh dicadangkan terus ke FB HH okay ^_^

Nak join segmen ni? Tekan logo Segmen ni dekat sidebar belah kiri ^_^

1 comment:

I do I need Iman said...

oh okayh ;)
mmg nak buang yg luput tue. cuma
cik mawar ne terlalu busy nk edit blog ;)
okay mwr akn pertmbgkn. but nice kene review ! bestt!!
tq ea HH ku ;)