Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Korang sihat? harap sihatlah ye ketika membaca post Hafr ni. Okay, pada 11/2/2012 hari Sabtu. Hafr ada pergi kursus yang sememangnya ada kaitan dengan minat Hafr iaitu kursus buat cupcake dan tiramisu cup. Walaupun ada sedikit terkilan sebab Hafr ajak kawan tapi kawan tak dapat nak pergi, bukan seorang tapi ada la dalam 3-4 orang semua tak dapat nak pergi sebab ada hal. Kursus ini dijalankan di Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor. Kalau korang tak tau kat mane kolej tu boleh la google ye.
Tak disangka - sangka ramai yang menyertai kursus ni. Ada seorang abang tu cakap kat Hafr, dia terkejut tengok orang ramai sangat biasanya tak adalah ramai macam tu sekali. Biasanya dalam 15-20 orang je, kali ni sampai 70 orang yang datang ke kursus cupcake ni. Ramaikan 70 orang, tapi lelakinya 3 orang je yang datang termasuklah Hafr. Mula-mula takut dah sorang je lelaki, nasib baik ada geng. Jadilah 3 orang daripada sorang.
3 resepi telah diajar kepada peserta iaitu Fruit cupcake, Muffin pisang dan Tiramisu Cup Disebabkan kamera tak ada, jadi tak bolehlah nak tunjuk betapa meriahnya kursus membuat cupcake. Disebabkan terlalu ramai Hafr tengokkan je telatah kakak-kakak dan mak cik - mak cik membuat kek. Dah sampai rumah barulah dapat snap kek-kek yang dah siap. Gambar tak berapa nak cantik sebab snap masa malam.Cupcake pun dah senget - benget sebab bawak dalam plastik.
Fruit Cupcake
Muffin Pisang
Sebenarnya muffin ni bantat sebab lama sangat dalam mixer tak silap. Kesian dapat kek bantat.
Tiramisu Cup
Ni adalah resepi yang dicari - cari. Malangnya bukan kek tapi desert je.
Resepi - resepi cupcake dan tiramisu akan di-postkan tak lama lagi. Jangan risau, pengalaman - pengalaman macam ni patut kongsi dekat orang. Bak kata orang ada ilmu tu jangan kedekut.
Sekian..
3 comments:
kolej komuniti memang slalu buat kursus2 camni. huu, tak sabar nak grad and masuk semua kursus yg ada
untungler.lps ni leh ajar melly.
terkilan erk ? alaorhh , sori yew ?
laen kursus aku join aw ! :))
Post a Comment