kek oh kek! #2



assalamualaikum...


baiklah, kali ni hh nak kongsi dengan korang resepi kek.
hanya dengan resepi kek ni, korang boleh buat macam macam jenis kek. tak payah nak carik kat internet yang bemacam macam resepi yang memeningkan kepala. resepi ini ringkas sahaja..


baru buat malam tadi ^_^

antara bahan yang korang kena sediakan untuk membuat kek(20cm)/kek cawan(7 cawan) ialah

  • 160gm tepung naik sendiri ( jika ada, jika tak ada boleh guna tepung biasa dan jangan lupa untuk tambah 1 sudu kecil soda berkabonat )
  • 160gm gula castor ( guna gula biasa pun boleh kalau tak ada gula castor )
  • 150gm butter ( perlu dilembutkan dahulu)
  • 3 biji telur gred A atau B atau C
  • susu cair
  • vanilla essence

cara - cara membuatnya :
  • sediakan oven dalam keadaan suhu 150'c
  • ayak tepung
  • tepung dan gula perlu diasingkan dahulu
  • masukkan butter kedalam gula dan kacau sehingga kembang dan sebati
  • masukkan 3biji telur sebiji demi sebiji kedalam adunan tepung dan gula tadi 
  • apabila sudah sebati, letakkan 1 sudu vanilla essence (fungsinya untuk menghilangkan bau )
  • kacau sehingga sebati dan kembang.
  • dengan menggunakan kaedah kaup balik, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diselang selikan dengan 1 sudu demi 1 sudu susu cair.
  • sapukan sedikit butter kedalam loyang dan tabur sedikit tepung. ini bertujuan supaya kek anda tidak melekat pada loyang.
  • setelah selesai masukkan adunan tersebut kedalam loyang ataupun kedalam kertas cawan anda.
  • dan sedia untuk dimasak ^_^
kalau korang nak buat kek coklat, hanya tambahkan dalam 3 sudu keil serbuk koko sahaja ^_^

p/s: korang boleh lah cuba resepi ni kalau berminat ^_^ . 
kalau ada apa apa pertanyaan boleh tujukan kepada hh okay ^^



3 comments:

kindergartenlibrary said...

lapor tetiba ~

pondok harul said...

ko da buat aq mgidam kek nie !!
pos kt aq kek nie ,hahax

Rin Pinky said...

Bleh la buka tempahan utk raya.. hehehe