Bahana Tempat Letak Ubat Nyamuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk entri ni agak suspen tak? Mana lah tau suspen kan? Sebab korang nak tau kenapa? 
OK. Hafr akan cerita apa yang berlaku.

Semalam petang, masa tiba-tiba wifi dekat rumah tiba-tiba tak berfungsi, Hafr pun pergi cari bateri sebab nak duduk dekat luar cari wifi orang ( suka hati je nak guna wifi orang ). Bateri tu  Hafr campak dekat mana - mana tah. Lepas tu nampak la dekat kat katil (katil bersepah). Tanpa diduga, Hafr terpijak tempat letak ubat nyamuk yang terpacak dekat bawah katil.Terkenalah dekat jari tengah kaki sebelah kanan, betul - betul dekat bawah jari tu. Sakit macam tercucuk jarum je, tapi sekali Hafr tengok jari yang terkena tu. Hurm,  koyak sampai nampak dalam. 


macam ni la rupa tempat letak ubat nyamuk tu.


Masa ni Hafr dah tak tau nak buat apa sebab risau sangat dah, kalau luka sikit takpe ni dah kritikal sampai terkoyak kulit tu siap boleh nampak dalam. Tanpa buang masa, Hafr terus panggil ibu ajak pergi hospital. Nasib baik dalam 15 minit je boleh sampai hospital. Nak pergi klinik, kena bayar lebih, baik pergi hospital kena seringgit je.

Dalam setengah jam lepas tu barulah sampai giliran Hafr untuk mendapatkan rawatan. Lama tak Hafr tunggu? Lama, sebab masa tu doktor tengah kerjakan orang baru lepas eksiden. Hafr kena dua jahitan dekat jari tu. First time kena jahit ni.

Hurm, lepas seminggu baru boleh bukak jahitan. Masa sekarang ni agak susah la nak regang-regangkan jari dan agak susah jugak nak berjalan dah macam orang sakit lutut dah jalannya. Harap dapatlah cepat sembuh.

8 comments:

Datin Qat said...

Nampak macam benda kecil , sekali kena jahittt daaa :P

Mika Sakura said...

ksiannye..bhaya jgk tu... nnti kne bgtaw mak ni suh ltak ubt nymuk dtmpt yg btul. thanks sbb kngsikn pnglman kmu ... =)

Zara ♥ said...

atotototo, shian nye die ;p lain kali hati-II . auwww ? ;]

Anonymous said...

melly penah kena waktu kecik2 dlu time hari raya aidiladha. brape jahitan tah kena. smpai skrg ade parut lagi.

Anonymous said...

kesian hafiz..cepat sembuh :)

cik LOLA said...

kesian. kerana ubat nyamuk.
kakimu berdarah.
lain kali berhati hati yea

daya jamal said...

okay , now aku dah tahu knape ,
cian kau apis ,

nur_anonymous said...

auu..skt tu..ehehe..moga cpt smbuh