Ayam golek!!! ayam golek!!!

Assalamualaikum

Setelah lamanya Hafr tidak men-updatekan blog yang semakin nak bersawang ni. Masa inilah Hafr nak bersihkan. Dah seminggu kita berpuasa Hafr baru nak update ^_^. Mesti korang tertanya-tanya ( walaupun tak tanya) kenapa Hafr dah lama tak update. Sejak dua menjak ni agak sibuk sikit sebab nak menyiapkan projek seni yang tak siap-siap lagi, hadoi!! dah siap baru boleh rileks wooo!!

Kali ni HH nak kongsi cerita sikit dengan korang dengan apa yang terjadi pada hari ini.
Dah seminggu lamanya Hafr kempunan nak makan ayam golek ^_^ dari Isnin sampailah hari Jumaat ni ajak ibu pergi bazaar cari ayam golek. Akhirnya, pada hari Jumaat iaitu hari ni pada pukul 5.30 p.m, ibu bersiap dan mengajak Hafr pergi bazaar ( yeah!!! ) untuk mencari ayam golek.

Sesudah sampainya kami di bazaar, Hafr dan ibu pergi ronda-ronda dekat bazaar yang banyak dengan macam-macam jenis makanan ( baru kali pertama jejak kaki dekat bazaar =.=! ) . Ronda punya ronda akhirnya jumpa jugak ayam golek yang selama ini Hafr idamkan. ^_^ 

Dah beli tu apa lagi, balik rumahlah . Dalam pukul 7.00 p.m kitorang pun sampai rumah. Ibu prepare-lah apa yang patut dan yang penting ayam golek!! dah terpampang depan mata. Kat kawasan Hafr berada waktu berbuka dalam pukul 7.30 p.m. Tengah tunggu tu apa lagi, layan naruto dululah kan. Layan punya layan azan dah berkumandang dan sedia untuk berbuka. Wah, kali ini Hafr berbuka dengan ayam golek yang dah lama kepingin.. 

okay, sampai sini je Hafr nak cerita dekat korang. Mungkin akan datang ada lagi cerita yang menarik ^_^

Mesti korang yang dah kenyang pun boleh lapar balik. hahaha!

nota bintang : HH telah ditukar nama menjadi Hafr. kalau nak sebut. sebut je Haf ^_^

4 comments:

daya jamal said...

untong larhh , =="

hafrizzul hafiz said...

kali ni je.. esok2 belum tentu :P

Anonymous said...

bg skit...

hafrizzul hafiz said...

alia lambat larh...
dah habis ==!