Hari Graduasi 2011

Assalmualaikum dan selamat sejahtera

Barulah ada mood nak update blog, kalau tak, tak tau la bila nak updatenya. Semalam Hafr ada majlis graduasi untuk form 6. Kumpul dekat sekolah tunggu bas. Tunggu punya tunggu bas tak sampai - sampai. Kata bas sampai pukul 1.30 ptg, Tapi datang 1 jam lewatnya. Dah la panas. Elok-elok muka dah coklat-coklat ni terbakar terus ( nasib tak hangus lagi, maintain teduh bawah pokok)


Sambil tunggu bas apa lagi snap-snap la kan.
Masa naik bas pun sempat lagi tangkap gambar




Kenapa Hafr tak ada dalam gambar?
Sebab im a cameraman.

Dalam pukul 3.30 ptg kami sampai destinasi iaitu di dewan politeknik di Sg. Lang , Selangor.
Cikgu dan ibu bapa semua dah tunggu kami sebab kami je yang lambat sampai sebab banyak pula halangan yang menimpa kami ketika dalam perjalanan. Betul-betul kami duduk di tempat yang disediakan, majlis pun bermula. Macam biasalah ada bacaan doa ada ucapan alu aluan.
Dah habis acara ucap - mengucap kami diberi jamuan khas.
Makanan disedia oleh pelajar - pelajar kat sana


Kami gelak terbahak - bahak masa hidangan pembuka selera ni sampai, almaklumlah tak biasa makan mewah - mewah ni. Tengok dekat menu punya panjang nama hidangan ni. Ingat nama panjang makanannya besar, tapi sebaliknya. Peliklah ciput je dia bagi, ingatkan dia bagi ni je, baru nak protest rupenya ada lagi makanan lain. 



Nama - nama makanan ni semua dah lupa tapi yang paling sedap makan dah semestinya ayam panggan tu. chicken grilled apa tah dekat menu tu dah lupa. Ni baru tunjuk makanannya belum lagi orang yang tengah makan. Sekarang nak tunjuk orang yang tengah makan pulak. Ada satu lagi hidangan lupan nak snap gambar, tak silap bubur ayam tak pun sup cendawan. tengok je lah aksi-aksi mereka yang sedang menikmati juadah.












Lepas dah makan - makan, gelak - gelak semua tu, barulah mula acara yang dinanti - nantikan iaitu acara penyampaian hadiah. Hurm nak letak gambar tapi semuanya blur, kabur habis, ni lah padahnya bagi kamera dekat orang.









Kami sedondon ( tak plan pun nak pakai baju sama )








Cari dimana saya?


Dalam pukul 6.00ptg kami pun berangkat pulang ke rumah. Memang seronok majlis ni, macam - macam karenah, halangan dan dugaan kitorang tempuh. Sekarang ni tunggu masa ja nak pergi perang :)
Doakan kami berjaya hingga ke akhir hayat.

Sekian terima kasih

Nota bintang :  Nak tengok gambar lagi? Dah siap upload. Nah tengokla







4 comments:

Lieyly ︱ Alia said...

all the best untk nti :)

gmbar hafiz xbnyak pon..aahaha !

fyraa ♥ said...

Good Luck !
Do Your Best dear :]

Nadiah Jahari said...

Jelessss .Tp kenapa muka Azam sengal nak mampus :D Anyway ,congratulations

hafrizzul hafiz said...

alia : memang saja xnk gmbr sendiri bnyk2.
fyraa: thx. u also good luck.
Nadiah : haha. azam memang mcm tu kalau dah jumpe kamera. tak boleh nak buat apa