Dia dilanggar dan tidak dipedulikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ini kisahnya, malam tadi Hafr tengah tengok berita dekat tv3, tiba-tiba dia tunjuk kan video yang mana budak berusia 2 tahun merayau - rayau di pasar tanpa pengetahuan ibu bapanya telah dilanggar oleh sebuah van pada mulanya. Kejadian ini berlaku di China, budak ni selamat dibawa ke hospital dan sekarang dalam keadaan koma. Kalau kita tengok balik video tu. Berapa banyak orang yang lalu-lalang dekat situ langsung tak pedulikan budak tu. Pergh!! amat tak bertanggungjawabnya orang yang lalu lalang disitu.

Nasib baiklah negara kita ni masih lagi ada belas kesian dekat orang yang lebih memerlukan. Kalau keadaan negara kita pun macam tu. apa kata dunia nanti? korang dah boleh agak kan. Macam-macam perkara akan dipertikaikan dan perkara yang paling dipertikaikan adalah tanggungjawab. Jadi setiap orang ada hak bersuara untuk memberi pendapat mahupun kritikan. Hafr dah luahkan sikit apa yang terkandung dalam perasaan yang dukacita ni.. korang pulak macam mana? kat bawah ni ada video budak yang kena langgar tu.


Sekian terima kasih.

3 comments:

emeliena said...

18 orang yang laluLalang membutakan mata dah hati untok menolong,
sangatlah kejam !

menjerit-jerit macam histeria dah bila tengok berita semalam. fuhh..

kita doakan dia selamat. amiinn.. :'(

sudiSudi terjah entri ni : Bapak bagi surat kat bakal boyfren

Lieyly ︱ Alia said...

tamau tgok video tuh..nasib hafiz dah hurai sikit..

kesian gila kan..kena langgar tpi org buat xtau ja..

hafrizzul hafiz said...

emelia: nasib baik negara kita orangnya semua prihatin.
alia: takut la tu nak tengok..