kentut dr sudut sains ( mesty bce weh!! )





KENTUT DARI SUDUT SAINS

Sumber: Berita Minggu 28/3/2010 dengan suntingan NMS.



Pakar perubatan Greek purba, Hippocrates menyifatkan kentut sebagai proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu mengenai kentut kerana setiap orang pasti kentut. Tanpa kentut, seseorang sebenarnya mungkin berdepan dengan masalah kesihatan.



Bagaimanapun, kentut yang berbau dan dilepaskan dengan bunyi kuat memang memalukan yang punya. Bau dan daya kekuatan kentut bergantung pada makanan yang diambil, berapa lama angin kentut disimpan dan daya kepantasan angin dilepaskan dari anus.



Mengikut definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut dan usus. Adakalanya lebihan gas ini menyebabkan seseorang berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa dan kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini sebanyak 14 kali sehari, tidak kiralah sebagai sendawa atau kentut.



Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin hanya membuat seseorang malu jika terlepaskannya di khalayak ramai dan berbau tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, jika seseorang kerap kentut adakalanya kentut itu sebagai penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, seseorang memerlukan rawatan perubatan.



Umumnya, komponen utama kentut ialah lima gas yang tidak berbau seperti nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, metana dan oksigen. Bau busuk kentut pula disebabkan unsur sulfur yang dihasilkan oleh bakteria tertentu dalam kolon. Namun begitu, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.



Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon. Selain itu, jumlah gas juga bergantung pada makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum sampai ke kolon.



Dianggarkan antara 30 hingga 150 gram makanan tidak dapat dicerna akhirnya memasuki kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada ‘diet’ makanan dan bagaimana saluran gastro usus seseorang berfungsi.



Tubuh manusia tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula dan serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. Makanan yang tidak dicernakan ini akan melalui usus kecil ke usus besar dan di situlah bakteria yang tidak berbahaya akan memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan bagi sesetengah orang ada metana. Semua gas ini keluar melalui rektum dan menjadi kentut.



Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esophagus, perut, usus kecil dan kolon) datang dari dua sumber iaitu pertama, udara yang seseorang telah seperti melalui tabiat merokok dan mengunyah gula-gula getah. Kedua, peningkatan hasilan gas daripada makanan yang tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus.



Gas kentut selalunya terdiri daripada 60 peratus nitrogen, 30 peratus karbon dioksida dan 10 peratus campuran gas metana dan hidrogen. Namun begitu, komposisi gas yang keluar dari badan seseorang bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh seseorang itu menahan kentut.



Sesuatu yang seseorang perlu tahu ialah makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara itu, bakteria umum yang boleh ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. Keseimbangan dua bacteria ini menjelaskan bagaimana sesetengah makanan menjadi ‘berangin’ kepada seseorang yang lain. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat akan menyebabkan penghasilan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut.

1 comment:

lavender harum wangi said...

prutttt~~~ tumpang kentut kat sini :D